Tuesday, February 18, 2014

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT


KEMATIAN ITU PASTI
“Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati”, itulah kata2 hukama tentang kematian. Bijak dalam mempersiapkan diri untuk menempuhi alam kematian adalah satu fasa yang perlu diambil perhatian oleh setiap insan yang hidup di dunia ini. Setiap makhluk yang menumpang di dunia ini pasti akan mati. Lihat sahaja pada cuaca yang kurang baik sejak akhir2 ini menyebabkan banyak pokok dan tumbuhan hijau yang mati dan bertukar warna kekuning-kuningan. Ini salah satu daripada ingatan Allah bahawa setiap yang hidup itu pasti ada pengakhirannya.

Bulan ini sudah dua kali kami berulang ke kampung bertemu opah yang sedang sakit tua. Keadaan opah pada mulanya nampak baik, namun sejak akhir2 ini kesihatan nya semakin merosot. Opah bergantung pada bantuan pernafasan oksigen yang dibekalkan kepadanya. Beliau terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah. Ramai anak2nya telah pulang melawat ibu yang banyak berkorban membesarkan 11 orang anak itu. Saudara mara terdekat juga tidak ketinggalan datang melawat memberi penghormatan buat insan yang banyak berjasa ini. Ketika pulang baru2 ini opah masih boleh bercakap, sempat ana lapkan badannya, suapkan beberapa titisan air kopi dan air zamzam ke mulutnya, kelihatan kakinya yang dulunya bengkak dah semakin surut. Walaupun beliau opah kepada suami tapi Allah berikan kesempatan buat diriku merasai keberadaan beliau dalam hidup ini kerana sejujurnya ana tidak pernah merasai adanya seorang opah atau nenek sebelum ini. Nenek sebelah mak telah meninggal dunia sejak umurku 2 tahun, manakala nenek sebelah ayah memang tidak sempat untukku bertemu. Sebelum kami pulang, kami datang melawat opah lagi, opah tidak boleh berkata2. Mungkin opah sedang berzikir mengingati Allah. Beliau seorang yang tidak banyak bercakap sejak ana mengenalinya. Seorang yang sangat merendah diri. Semoga opah terus kuat dan sentiasa mengingati Allah di setiap nafasnya. Kami mendoakan yang terbaik buat dirinya agar semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Dalam menziarahi orang yang sedang sakit ini, masyarakat terutamanya perlu tahu tatacara dalam menziarahi mereka yang telah uzur ini. Di sini ana ceritakan serba sedikit tatacaranya. Sebelum itu, bagi orang yang sedang sakit hendaklah dia bersabar ketika sedang menderita kesakitan. Makruh hukumnya apabila dia mengerang. Haram pula hukumnya apabila dia menentang takdir yang telah Allah tentukan kepadanya. Anggaplah sakit itu sebagai tebusan dan penghapus dosa yang pernah dilakukannya.

Imam Muslim dalam kitab sahihnya menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada lain bagi seorang muslim yang tertimpa sakit, kecuali Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya, sebagaimana daun yang berguguran dari pohon”. (HR. Muslim)

Aisyah RA menuturkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tiada bagi seorang mukmin yang terkena duri atau yang lebih besar lagi, kecuali Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus dosanya”. (HR Muslim)

Alangkah baiknya jika seseorang yang ditimpa musibah itu sabar dengan ujian kesakitan nya dan beruntunglah bagi mereka yang redha dengan kesakitan yang menimpa dirinya. Malah sekiranya seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan dia sedang sakit, maka dia akan dapat bertemu Allah dengan darjat yang tinggi. Namun ingatlah, saat berada dalam kondisi penderitaan atau tertimpa bencana janganlah kita mengharapkan kematian.

Hal ini berdasarkan pada sabda Rasulullah SAW, “Janganlah salah seorang di antara kalian mengharapkan kematian kerana bencana yang menimpa. Tapi hendaknya dia berkata, “Ya Allah, hidupkan aku apabila kehidupan lebih baik bagiku, dan wafatkan aku jika kematian lebih baik bagiku.” (HR at-Tarmizi dan al-Bukhari) At-Tarmizi mengatakan, “Hadith ini berstatus Hasan Sahih”.

Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam semuanya, salah satu daripadanya sekiranya dia sakit hendaklah kita menziarahinya. Sebahagian daripada kita yang beada dalam samudera kehidupan untuk mencari penghidupan ini tidak sempat2 untuk menjenguk orang yang sedang sakit. Bahkan, terkadang kita lupa sehingga meremehkan serta menolak langsung persoalan menziarahi orang sakit. 

Antara tatacara ketika menziarahi mereka ialah kita harus menghiburkannya. Sebuah hiburan dapat mengurangkan rasa sakitnya. Ini kerana perasaan kasih saying yang dicurahkan kepada orang lain dapat menguatkan tekad dan meringankan beban yang dialami olehnya. Malah si penziarah juga memperoleh pahala yang besar di sisi Allah SWT. 

Selain itu, disunnahkan bagi seorang muslim yang menjenguk orang sakit untuk mendoakan agar beliau cepat sembuh, diberi kesihatan, dan diberi kesabaran dalam menanggung penderitaan itu. 

BERSAMBUNG... 

Bagi menyambung peringatan di atas, sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan bersama kaian semua. Namun memohon sedikit masa dan ruang shbt2 yang membaca untuk sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah opah yang telah kembali ke rahmatullah 19 Februari 2014 yang lalu. Semoga ruhnya bersama orang2 yang solehah..

Monday, February 10, 2014

Ulangtahun kelahiran

Hari ke hari silih berganti, kehidupan ini diteruskan dengan penuh iltizam pada tahun baru 2014. Banyak yang ingin digapai tatkala umur bertambah menjelang bulan Februari ini. Mungkin sambutan tahun baru 2014 tidaklah bermakna sangat untuk disambut namun hari kelahiran kali ini terasa sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup. Pertambahan umur satu fatrah baru untuk meningkatkan ilmu, ibadah, amal dan istiqamah yang belum di capai pada tahun2 sebelum ini.

Ibrah di atas perjuangan serikandi Islam..

Menjengah di dalam perjuangan serikandi Islam Khadijah binti Khuwailid. Sangat besar perjuangan beliau dalam membangunkan empayar Islam. Penghulu wanita syurga yg tiada tolok bandingnya. Seorang usahawan berjaya dan terbilang. Seorang kekasih Nabi tatkala susah dan senang. Terkesima mendengar sebuah tazkirah tempoh hari yang menceritakan pengorbanan Khadijah sehinggakan ketika beliau sakit menemui Illahi sempat lagi beliau berpesan kepada nabi jika tulang belulangnya dapat digunakan untuk Islam, maka gunakanlah. Tika itu keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi maka diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW. Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: Allahumma anta salam wamin ka salam wailaika yau'dusalam fahayyina rabbana bisalam wa adkhilna jannatadarasalam tabarak tarabbana wa ta'alaik ya zaljalali walikram" . Itulah wirid yg sering kita ucapkan selepas solat. Jika ingin diceritakan satu per satu sejarah hidup Saidatina Khadijah memang tidak habis untuk ditulis, maka tidak hairanlah betapa ramai penulis2 sejarah Isalm yang dapat menulis buku tentang sejarah hidupnya.

Merenung pula sirah perjuangan Siti Aisyah RA, tika umur sebegini Aisyah RA telah menghafal beribu2 hadith Nabi Muhammad SAW. Muhasabah diri, berapa banyak hadith yg telah aku hafal saat ini? Teringat seorg guru halaqah semenjak di USIM bertanyakan kami satu kelas, "ada tak 10 buah hadith kamu hafal saat ini??" Bila ditanya sebegitu, aku terfikir, 10 buah hadith?? sikit sgt jika dibandingkan dengan umur saat ini. Waktu itu aku mula membaca satu persatu hadith yg pernah ku hafal semenjak di bangku sekolah.  Ketika di sekolah dulu, setiap minggu kami diberikan hadith baru yg pendek dan ringkas untuk di hafal, kemudian ditasmik oleh kakak2 senior Badar ketika perhimpunan hari Ahad sebelum rotong royong. Subhanallah, hadith2 itu masih segar dlm ingatan. Namun hadith yg terdapat dalam sahih bukhari dan muslim masih belum habis di khatam apatah lagi di hafal. Semoga dgn pertambahan umur ini membawa azam yg baru utk terus berusaha menghafalnya.

Menarik pula membaca sejarah Masyitah tukang sisir rambut anak firaun dalam peristiwa Israk Mikraj. Ketika Baginda Nabi s.a.w sedang  dalam perjalanan Isra’nya terciumlah Nabi s.a.w akan bau yang harum. Bertanya Nabi s.a.w, “Bau apakah itu ya Jibril?”
Jawab Jibril, “Itulah bau kuburnya Masyitah, tukang sisir rambut anak Firaun. Tatkala terjatuh sikatnya maka berkatalah Masyitah, “Dengan nama Allah celakalah Firaun.” Maka terdengarlah anak Firaun akan ucapan Masyitah itu lantas diadukan kepada ayahnya (Firaun).
Maka Masyitah pun ditanya oleh Firaun, ” Benarkah engkau bertuhankan selain dari aku?”
Jawab Masyitah, “Benar, saya dan tuanku bertuhankan Allah yang satu.”
Kata Firaun, “Mahukah engkau menarik balik perkataan engkau itu?”
Jawab Masyitah, “Tidak.”
Walaupun dipujuk oleh Firaun, Masyitah tetap enggan mengaku yang Firaun sebagai Tuhan, lalu Firaun mengambil keputusan iaitu Masyitah beserta suaminya dan dua orang anaknya dihukum bunuh. Walaupun demikian Masyitah tetap teguh pada pendiriannya, hanya satu sahaja yang dipintanya kepada firaun iaitu ia sekeluarga hendaklah ditanamkan pada satu lubang kubur.
Maka Firaun pun memerintahkan supaya menjerang kawah yang diisi air. Apabila air itu mendidih dimasukkanlah suami Masyitah dan anaknya yang besar. Ketika tiba giliran anaknya yang kecil yang masih menyusu, tiba-tiba anak itu berkata, “Hai ibuku janganlah lengah lagi, jatuhkanlah dirimu ke dalam kawah itu. Bahawa engkau adalah didalam ugama yang benar.” Maka Masyitah beserta anaknya pun menjatuhkan dirinya ke dalam kawah. Hebat perjuangan mereka sekeluarga seperti mana pengorbanan keluarganya Yasir dan Sumaiyah. Itulah ahli syurga.

Anaknya Masyitah dapat berkata2 ketika masih kecil. Besar sungguh kuasa Allah. Bayi yang masih kecil boleh berkata2. Ambil pengajaran di sini sebagai seorg ibu. Anakku yang masih kecil ketika ini, sedang belajar untuk bercakap, perkataan apa pertama sekali yg perlu diajarkan kepadanya. Sepatutnya ajarkanlah dia mengenal penciptanya, ucapkanlah kalimah ALLAH. Bukan salah utk mengajarkan dia memanggil kita (ayah, abah, papa, abi, baba dan ibu, mama, umi, mak dan sebagainya) namun biarlah dia mengenal siapa Tuhannya seperti mana dia mendengar azan dan iqamat yg dilaungkan ayahnya saat dia dilahirkan.

Muhasabah diri sempena ulangtahun kelahiran kali ini. Semoga dengan pertambahan umur ini meningkatkan amal ibadah dan istiqamah dlm mencari Keredhaan Allah SWT. Benar kata seorang ilmuan, 3 Waktu berharga dalam diri kita, pertama tika mana kita dilahirkan, kedua saat kita tahu kenapa kita dilahirkan, dan ketiga tika kita evaluasi diri kita kenapa kita dilahirkan. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN;)

Sunday, January 12, 2014

KONVOKESYEN USIM KE11

ALHAMDULILLAH... ini lah ungkapan yang sangat bernilai buat diri ini kerana Allah masih memberi ruang dan peluang untuk menghirup udara di muka bumiNya. Kalimah ini juga tidak tergambar betapa syukurnya aku kehadrat Illahi di atas pelbagai nikmat yang telah di kuniakanNya.

Konvokesyen USIM ke 11 telah berlansung dengan jayanya dua bulan yg lalu. Namun aku masih tidak punya ruang masa untuk mengucapkan jutaan terima kasih ini kepada semua insan2 tersayang yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi segulung ijazah ini. 

Buat keluarga tersayang, abg, mak dan kakak..terima kasih kerana telah banyak berkorban. Masa dan wang ringgit yang kalian keluarkan sangat berharga buat diri ini. Mungkin tidak dapat di bayar balik kesemuanya. Niat di hati ingin mendapat Kelas Pertama, namun tidak kesampaian juga. Tapi aku telah berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan yang terbaik buat kalian. Buat buah hati umi, Muhammad Anas Akhtar, terima kasih kerana menjadi anak yang soleh ketika berada dalam perut umi, mengikuti pengajian di kuliah bersama umi dan berpraktikal langsung bersama umi buat sementara waktu. Kehadiran mu dalam keluarga ini benar2 menghiburkan hati kami.

Buat para pendidik yang telah banyak mencurahkan ilmu, terima kasih semua. Teristimewa buat para pensyarah FKP yang secara langsung di bilik kuliah dan tutorial. Tidak lupa juga buat murabbi2 yang secara tidak langsung berbakti mendidik anakmu ini di pelbagai pelusuk ceramah, modul, seminar dan konvensyen yang telah aku hadiri.

Buat sahabat seperjuangan, terima kasih semua kerana telah banyak membantu rakanmu ini memburu kejayaannya. Exspecially to Fida, Wani dan Husma, rakan sebilik, serumah, sekelas, sekuliah, dan sekampus. Semua ini insan2 yang banyak berbakti.

Terima kasih juga buat pihak pengurusan universiti kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringat akhir ijazah. InsyaAllah ilmu ini akan saya gunakan untuk berbakti kepada masyarakat pula nanti. Ijazah merupakan permulaan langkah, akan aku teruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Mohon doa kalian sebagai inspirasi dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

TERIMA KASIH SEMUA ... TERIMA MASIH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA..
I'M PROUD TO BE USIM ALUMNI..

Friday, July 5, 2013

Dr Mohamed Mursi, i'm proud of you...

  Sejumlah prestasi sudah dikerjakan Mursi pada 100 hari kepemimpinannya. Di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Minggu pertama, Moursi membebaskan wartawati Mesir yang ditahan di Sudan dan menjemputnya dengan pesawat kepresidenan.

2. Pemecatan 70 Jenderal dan Kudeta dengan Cinta pada Marsekal Thantawi dan Anan, Panglima dan wakil Panglima militer.

3. Penghapusan hutang 40.000 petani yang memiliki hutang di bawah 10.000 pounds (30 Juta) yang di masa Mubarak ditangkapi dan dijebloskan ke Penjara.

4. Investasi 270 Milyar dollar yang ditanam di Mesir, hanya dalam 1 bulan Moursi berkuasa.

5. Selama 100 hari ini, Moursi tidak menerima gaji selama menjadi Presiden.

6. Moursi mengembalikan izzah Mesir dengan menguasai gurun Sinai yang di masa Mobarak, 70 % lalulintas udara dan darat dikuasai Israel.

7. Moursi melakukan politik smart and cool dalam bersikap kepada Amerika dan Israel. Hingga PM Israel mengatakan, “Sikap Moursi jauh lebih berbahaya daripada Nuklirnya Iran”. Bahkan Obama menilai, “Hubungan AS dengan Mesir bukan hubungan sahabat bukan pula musuh.”

8. Penjualan khmar dilarang, dan itu tidak mengganggu pariwisata Mesir.

9. Penampilan di pantai dibatasi, hari Jumat diliburkan, dan turis wanita dan pria dipisahkan.

10. Militer Mesir memang the real power, tapi semua di bawah komando Panglima Tertinggi. Pada 2 bulan Moursi berkuasa, 2 kapal selam tercanggih Jermah berhasil didatangkan walau diprotes keras ISrael.

11. Kanal Suez diperlebar dan diperdalam, dan sekarang dikontrol sepenuhnya oleh Mesir setelah direktur Kanal Suez diganti yang sebelumnya didikte Barat.

12. PM Hiysam Qandil setiap Shubuh memeriksa pabrik roti dan turun ke bawah, atas intruksi Presiden Moursi hal yang hanya terjadi di masa Kenabian dan Khulafaur-Rasyidin.

13. Moursi mempelopori pemisahan kepentingan antara kepentingan pribadi+keluarga+partai dengan kepentingan negara. Saat diundang Raja Saudi, keluarga Moursi dengan uang pribadinya menggunakan pesawat Egypt Air tidak menggunakan pesawat kepresidenan.

14. Moursi adalah Presiden pertama dunia yang dengan tegas dan berani menekankan cinta Nabi dan cinta para sahabat di hadapan Khomanei dan pemimpin Syiah di Iran.

15. Jika patokannya adalah mengutip ayat Al-Qur’an dan Hadits, maka Moursi adalah Presiden pertama yang mengutip ayat-ayat AL-Quran dan Hadits di depan Sidang Umum PBB bulan lalu.

16. Jika patokannya adalah masalah protokoler, maka Moursi adalah Presiden yang membiarkan jalanan tetap lalu lalang saat ia melintas dan membiarkan masjid terbuka saat ia shalat.

17. Di Mesir, masjid saat ini dibuka 24 jam untuk kepentingan jamaah setelah di Era Mobarak, masjid-masjid di Mesir ditutup 1 jam setelah shalat wajib.

18. Di tataran regional, Moursi menggalang aliansi dengan Turki. Dalam benak kedua pemimpin ini, kehancuran Israel hanya tinggal waktu dan itu didahului dengan perubahan rezim-rezim antek2 AS baik di Teluk maupun di negara-negara TIMTENG lainnya.

19. Untuk masalah Palestina, tidak ada pemimpin yang nyata-nyata mendukung perjuangan perlawanan selain Moursi. Perbatasan dibuka, hanya dalam 1 minggu Moursi berkuasa dan kemarin dengan Qatar sukses membantuk Zona Ekonomi untuk membangun kembali Gaza.

Masih banyak keberhasilan Mursi lainnya. Tak salah jika rakyat Mesir puas pada kepemimpinannya. Rakyat Mesir makin cinta kepada presidennya yang kata Ismail Haniyya punya kisah mirip Nabi Musa as. ini -sama-sama pernah di penjara baru jadi penguasa istana-. Pusat Riset Opini Publik (Bashira) mengadakan jajak pendapat kedua terhadap kinerja presiden Mursi setelah 80 hari masa jabtannya. Hasilnya, publik yang puas terhadap kinerja Mursi sebanyak 79%. Sisanya yang tidak puas 13%, dan 8% menyatakan ragu-ragu. Dukungan ini sudah melebihi raihan suaranya di Pemilu kemarin.

Dari fakta-fakta ini, sejauh ini Mursi adalah salah satu model pemimpin paling ideal untuk diteladani.(bagaimana kesahajaannya bisa dibaca di

http://internasional.kompas.com/read/2012/06/28/08083211/Harihari.Presiden.Terpilih. Muh[truncated by WhatsApp]

Sunday, February 24, 2013


DIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
... mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Saturday, February 16, 2013

Ujian itu satu Tarbiah

Masa semakin berlalu, sudah dua minggu ana berpraktikal di Jabatan Agama Islam. Terasa benar kepenatan nya setiap hari. Kerja di sini memang seronok apabila dapat menyelesaikan masalah orang ramai, namun ada sedikit terkesan apabila pelbagai masalah juga timbul dalam masyarakat kita pada hari ini. Subjek2 dakwah yang diambil sepanjang tujuh semester di Usim dulu perlu digunakan sebaik mungkin. Malah perlu ditambah lagi dengan pengetahuan agama yang lain terutamanya dalam bidang syariah. Kerja2 di sini semuanya berkaitan dengan perkahwinan, nikah dan ruju'. Bila org datang nak mendirikan rumahtangga terasa gembira di hati kerana mereka ingin menyempurnakan sebahagian daripada iman. Namun bila datang org yang ingin membuat perceraian dan berlaku perselisihan dalam rumahtangga terasa sedih pula. Perselisihan ini perlu kepada perbincangan dan toleransi antara suami isteri. Kedua2 pihak perlu melihat kembali kepada diri sendiri, bukan hanya kepada pasangan dan menyalahkan psgn mereka. Koreksi diri ke arah yang lebih baik semoga hal2 seperti perceraian ini tidak lagi timbul dalam masyarakat kita. 

Minggu ke35 menjadikan hambaMu ini terasa diuji dengan pelbagai perkara. Namun diri ini perlu .......  Memperbanyakkan doa
Jangan mudah putus asa 
Jauhi dari berfikiran negatif
Banyakkan bersabar
Menerima nasihat orang lain dengan hati yang tenang
Sentiasa memaafkan orang lain....
Semoga dengan usaha2 ini membawa kepada nilai2 yang baik buat si anak juga nnt...
 
Semoga anak ibu sihat dan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat..

♥ Titipan Doa buatmu:♥

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
  . 

 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن





Friday, December 28, 2012

Buat Sahabat2ku Di Usim

I dedicate this note to all my beloved friends especially to all my classmates -
Rafidah Husin, Syazwani, Salwa, Saibah, K.Wani, Madihah, Syai, Syikin, Fitriya, Zila, Kimah, Iqlima, Asmat, and all the members. It is the advice from Murabbi..
Wahai anakku,
Hargailah persahabatan yang ikhlas kerana Allah, kerana ia kekal dalam redha Allah. Bilamana Allah utus kepadamu seorang sahabat yang baik akhlaknya, tekun menjalankan perintah Allah, tenang menghadapi ujian Allah, sesungguhnya DIA telah mengutuskan kepadamu seorang guru yang baik untuk kamu mempelajari kebaikan darinya.

Untuk itu wahai anakku, pelajarilah dari sahabatmu itu kecintaan kepada Allah, merasai kasih sayangnya agar engkau akan takut kepada kemurkaanNya dan sangat mengharap redhaNya.

Wahai anakku,
Syaitan berusaha merosakkan persahabatan baik itu dengan memasukan nilai kejahatannya. Ia akan berusaha memisahkan kamu dari sahabat yang baik itu. Kasihsayang mu kerana Allah akan bertukar kepada kecintaan melampau kepadanya; sehingga kamu nampak diri sahabatmu lebih besar dari Allah. Lalu kamu akan menghargainya lebih dari Allah yang mengutuskan ia kepadamu. Kamu bangga dengannya sehingga kamu terlalai dari bangga dengan Allah yang sentiasa memeliharamu. Engkau akan rasa rindu kepadanya, sehingga kamu tidak lagi merindui Tuhanmu. Engkau akan menangis kerananya, tetapi kamu tidak menangisi dosamu terhadap Allah.

Wahai anakku,
Betapa gembiranya kamu menerima surat yang disampaikan oleh seorang posmen, janganlah sampai kamu lupa kepada yang menulis surat kepadamu. Engkau menunggu- nunggu kedatangan posmen ke rumahmu setiap hari, tetapi kamu tidak menanti redha Tuhanmu. Engkau akan membaca catatan sahabatmu yang kamu cintai itu berkali kali, tetapi kamu tidak membaca lagi peringatan Allah ( Quran) yang dikirim kepadamu.

Wahai anakku,
Syaitan sangat licik menipu manusia, kini kamu kasih kepada sahabatmu kerana kamu rasa hebatnya sahabatmu, baiknya dia, penyanyangnya dia dan pelbagai alasan, sehingga bayangannya lebih besar dari Allah. Untuk itu wahai anakku, besarkanlah kasih sayangmu kepada Tuhanmu, nescaya akan datang kasih sayang makhluk Allah kepadamu. Jagalah segala perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara persahabatanmu, dan jangan sesekali kamu lakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah dalam persahabatanmu, kerana hakikatnya setiap manusia akan berpisah juga akhirnya, namun kamu tidak akan berpisah dengan Allah.

Senyumlah dalam ketaatan...... Tanda redha kepada Tuhanmu

Sunday, December 9, 2012

Latihan Industri

Assalamualaikum....
Kali ini, terasa ingin berkongsi permasalahan yang timbul dari kalangan sahabat2 yang masih memikirkan tempat untuk menjalankan latihan industri pada semester akhir tahun depan. Latihan Industri seolah2 madah terakhir untuk melengkapkan ijazah nnt. Ada di kalangan sahabat2 yang masih belum Print Letter From PHIP, ada juga yang dah dapat offer, ada juga yang kene reject kerana syarikat tersebut tidak lagi menerima student praktikal, dan ada yang permohonan telah di tutup kerana pihak universiti lambat menghantar surat kepada pihak syarikat. Pelbagai permasalahan timbul untuk mendapatkan tempat bagi menjalankan latihan industri ni...

Ana memikirkan kembali offer daripada penerbit Radio Usim yang mencadangkan agar ana menjalankan latihan industri di radio Perak. Pada semester lepas lagi ana telah bercadang untuk mempelajari selok belok media and penyiaran sbg persiapan di masa akan dtg. Kata penerbit ana perlu belajar jadi skrip writer pun jadi lah, masukkan unsur dakwah dalam program2 yang ana handle nnt. Namun, harapan itu rasanya perlu ditangguh buat sementara waktu kerana diri tidak mampu untuk ke sana dalam tempoh terdekat ini. Ana memang ingin benar nak ke radio Perak. Ana teringin untuk sampaikan dakwah kepada masyarakat dan berkongsi ilmu dalam medan yang lebih luas. Tapi bila fikir kembali, perancangan Allah itu adalah sebaik2 perancangan. Waktu yang ana tunggu selama ini Allah telah berikan, ana perlu ambil peluang yang ada ini terlebih dahulu.

Memikirkan kondisi kesihatan dan kebajikan ana akan dtg, ana memilih untuk menjalankan praktikal di Pejabat Agama yang berhampiran dengan rumah. Hanya 200meter dari rumah. Dekat sangat kan..:)
semoga ana kuat untuk berada di sana. Baru2 ni seorag shbt telah khabarkan bahawa pihak pejabat tersebut telah menghubungi beliau dan mengesahkan persetujuan kami untuk menjalankan praktikal di sana. Alhamdulillah, masih ada penempatan buat kami. Semoga dengan ini, Allah permudahkan urusan kebajikan ana dan family di hari yang mendatang. Doakan yer...

Buat sahabat2 yang masih belum mendapat penempatan untuk menjalankan praktikal nnt, ana doakan semoga dipermudahkan urusan kalian. Walau di mana saja tempat kalian inginkan, semoga dakwah itu tetap berterusan dan mengalir kepada masyarakat di luar sana. Praktikal ini merupakan satu wadah untuk kita berhadapan dengan masyarakat, maka pergunakanlah waktu yang ada dengan sebaiknya...



Sunday, November 11, 2012

BERSYUKURLAH...

Sudah lama rasanya pena ini tidak mencoretkan kata2..
Terasa masa begitu cepat berlalu hari demi hari dalam menongkah arus duniawi yang
akhirnya akan sampai ke penghujungnya jua. Tidak ada cerita yang menarik yang ingin ditulis,
cuma merasakan diri ini perlu bermuhasabah kembali atas apa yang telah berlaku. Tanda syukur kepada Allah SWT bersempena dengan Ramadhan yang lalu mengetahui bahawa kami diberi satu hikmah dan anugerah yang sangat berharga sebagai aset di akhirat kelak.

Perjalanan dan laluan yang perlu ditempuhi selama 9bulan 10 hari itu perlu dilalui dengan penuh bijaksana. Hati berasa sayu tatkala mengenangkan ibu yang bersusah payah menjaga diri ini saat di dalam rahimnya dan di alam dunia yang penuh dengan cabaran ini. Kini diriku sendiri yang menghadapi saat susah payah ibu dahlulu. Terima kasih ibu kerana melahirkan dan membesarkan sehingga diri ini berjaya hingga ke hari ini.

Hari makin berlalu dengan sesi pengkuliahan yang semakin mencabar. Kini telah masuk ke tahun terakhir yang bakal menentukan kejayaan diriku di peringkat ijazah. Walau dilihat pada usia, kebanyakan rakan2 persekolahan dulu telah pun tamat pengajian mereka 2 atau 3 tahun yang lepas. Namun, aku masih menongkah arus pembelajaran di peringkat ijazah sehingga ke hari ini. Ada rakan2 yang bertanyakan sama ada aku sedang belajar di peringkat ijazah ataupun master? Namun segala persoalan itu hanya di jawab dengan hati terbuka iaitu ijazah. Rasanya belum terlambat untuk aku menyambung pelajaran sehingga di waktu ini kerana pengalaman itu mengajar kita untuk lebih matang dalam setiap keputusan yang kita lakukan. InsyaAllah.

One question come from our lecturer in tutorial session, "What do you want to do after graduate?"
I'm just think for a few minutes, thinking of my ambition, my aim, my occupation, and my family...
Some of my friends said "I want to further my study in MA level", "I want to get marriage", "I want to find a suitable job", "I want to help my parents". All the answer could be accepted. I'm just answered the question "I want to find a suitable job and further my study". What is the suitable job? It still in my mind. Just grab any opportunities...I will PRAY of it. May Allah bless me. Amin...
                                

Tuesday, July 24, 2012

Doa dan Zikir

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(At-Tirmidzi)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem...

Salam Ramadhan buat shbt2 seperjuangan. Ini merupakan kali ke dua berpuasa di Rumah sepenuhnya. Cuma bezanya ini merupakan Ramadhan pertama berpuasa bersama suami tercinta. Ramadhan kali ini juga disambut di rumah ibu mertua selepas kami pulang dari Pekan Baru, Riau bg menghadiri majlis konvokesyen abg di Indonesia. Kemudian menghadiri mjlis kenduri doa selamat yang di adakan di rumah di Prt Buntar minggu lps sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Baru-baru ini berkesempatan membuka FB, melihat kepada post seorang sahabat yang sedikit sebanyak memberi impak dan pertingatan buat diri sepanjang melayari bahtera Ramadhan untuk kali ini..
Semoga kita sama-sama dapat amalkan, jika tak byk sedikit pun jadi sebagai satu wasilah utk kita hadapi madrasah ini..
 Homework dari Syeikh Muhd Zainul Asri

Kerja rumah yang telah diberikan oleh Syeikh Zainol Asri untuk menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang tak lama lagi. Jika kita istiqamah dengan amalan-amalan ini selama 40 hari, Insya Allah akan berkekalan sampai bila-bila.

1- Solat sunat tasbih setiap hari. Tak larat berdiri buat secara duduk, kalau tak larat sambil duduk buat sambil tidur.
...
2- Khatam al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang Ramadhan.

3- Usahakan semampu mungkin untuk tidak tinggal solat berjamaah.

4- Usahakan supaya jangan tinggal satupun solat sunat qabliah & ba'diah.

5- Usahakan untuk solat sunat Tarawih 20 rakaat.

6- Berqiamullail 11 rakaat termasuk solat sunat Witir.

7- Sambut Ramadhan di rumah Allah (surau atau masjid), jangan sambut di rumah sendiri atau super market dan sebagainya.

8- Masa buka puasa jangan makan banyak. Tinggalkan puasa macam budak-budak. Puasa bukan bulan makan, puasa adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.

9- Selawat 3000 kali setiap hari.

10- Masa datangnya Ramadhan maka bergimbiralah kerana rindunya kita padanya, ketika di akhir ramadhan, maka menangislah. Jika kita tak buat macam tu, seolah-olah sama saja kita dengan orang lain.

:- Saya bagi kerja rumah ini adalah untuk memastikan saya juga melaksanakannya. Kalau saya tak suruh orang buat, mungkin saya juga tak larat nak buat. Kalau kita suruh orang, kitapun turut pulun untuk buat.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pastikan ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sudah. Semoga tarbiah ramadhan pada tahun ini memberi beribu makna dan dapat melahirkan jundi yang terus thabat dalam memperjuangkan Agama Allah Ta'ala di muka bumi ini. Selamat beramal...


Tuesday, June 26, 2012

Jangan Bersedih

Kenapa doa saya tetap tidak makbul?

Mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk KITA...
Sebenarnya doa kita sudah diterima Allah. Bahkan Allah sudah membalasnya. Cuma balasannya mungkin tidak sepertimana yang kita kehendaki. Namun mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ibarat si anak meminta ayahnya membelikan sesuatu...

Rasulullah SAW sudah menjelaskan hakikat ini, maksudnya:
" Tiada seorang Muslim pun yang berdoa, asalkan bukan doa berkaitan dosa dan memutuskan silaturrahim,   melainkan Allah pasti membalas doanya itu dengan salah satu daripada perkara sama ada:

1) Dipercepatkan baginya apa yang didoakannya itu (doanya diperkenankan di dunia).
2) Disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat
    (doanya tidak diperkenankan kepada bentuk pahala di akhirat).
3) Dihindarkan daripda menimpanya satu keburukan yang setara (doanya tidak diperkenankan di dunia 
    tetapi digantikan dalam bentuk keselamatan).

Friday, May 25, 2012

Mak dan kakak menunaikan umrah


Alhamdulillah hajat mak dan kakak untuk menunaikan umrah pada tahun ini tercapai juga. Allah permudahkan urusan mereka. InsyaAllah ada rezeki kami juga ingin ke sana. Sebelum mak dan kakak berangkat, aku sempat berjumpa, mengucapkan selamat pergi dan pulang ke tanah suci. Gembira kelihatan di wajah mak dan kakak bertemankan saudara mara dan jiran yang turun sama pergi.
Hari ini 1Rejab, bulan yang penuh keberkatan mengiringi perjalanan mereka. Dua bulan lagi akan masuknya Ramadhan. Cukup singkat masa berlalu. Banyak ujian yang perlu di lalui sehingga masuknya fatrah Ramadhan kali ini. Akak bertanyakan kepadaku, adakah punyai doa untuk disampaikan ketika beliau di sana nnt? Aku mohonkan doa yang sama seperti aku mohonkan pada sahabatku yang baru-baru ini berangkat ke tanah suci.  Bersama-sama itu, rakan-rakanku juga menitipkan doa mereka untuk akak sampaikan ketika berada di sana. Sayu rasa hati bila mak dan kakak ingin pergi menunaikan umrah, walaupun masa hanya dua minggu, namun hati semakin lama semakin sedih.
Aku meluahkan rasa sedih itu pada kakak, kakak kata “kesian adik, suami jauh, mak dan akak pula nak gi umrah”, aku sedih..hanya mampu berdiam. Cuba untuk tahan air mata dari mengalir. Pada saat keberangkatan, mak mula menitiskan air mata sehingga tidak mampu melihat wajah aku lagi. Sayu nya suasana itu, hanya bertemankan sahabat yg berada di sini. Nama nya seorang pejuang tidak perlu sedih bukan. Tapi walaupun kekuatan yang tersimpan pasti wujud sekelumit rasa sedih yang menyelubungi diri.
Bila berada bersendirian, kita sendiri akan mula bermuhasabah diri dan kadang2 kita memerlukan seseorang untuk bersama berkongsi cerita:( Mungkin kita silap kerana berkongsikan hal ini dengan insan bernama manusia. Sedangkan kita punyai Allah yang sentiasa menemani. Mendengarkan rintihan kesedihan, kedukaan, kegembiraan dan kesyukuran.
Sebenarnya minggu ini aku telah mendengar masalah rakan-rakan yang berkaitan dengan soal hati, adakah berbeza orang yang ‘sakit hati’?dgn org yg ‘hatinya sakit’? kalau bercerita tentang org yg sakit hati sudah pasti ianya disebabkan oleh perselisihan pendapat atau pergaduhan. Namun, aku lebih prefer melihat kepada orang yang ‘hatinya sakit’ iaitu orang yang tidak mampu menjaga hatinya. Memberi nasihat memang mudah, namun perlu juga mengaplikasikan ape yg dibicarakan.
Alhamdulillah syukur kerana semester ini berpeluang mempelajari subjek basic counseling skills. Hopefully my suggestion can be accepted with each others. Aku cuba memberi nasihat apa yang termampu kepada rakan-rakan yang dalam dilema ini. Namun, kadang2 aku sendiri menjadi binggung apabila seorang kaunselor dapat mendengar permasalahan org lain setiap hari, sedangkan dia juga sebenarnya mempunyai masalah. Aku utarakan soalan ini kepada lecturer yg mengajar, sehingga jawapan yang aku dapat ialah, manusia ini dalam otak dia mempunyai banyak kotak, selepas mendengar permasalahn org lain, simpan dalam satu kotak dan kunci dan jangan buka2 lagi. Sebab itu kaunselor akan lupakan permasalahan yang berlaku oleh clientnya. Selepas mendengar jwpn tersebut, baru aku faham akan fungsi proses kaunseling itu sendiri. Seterusnya, berusaha untuk menjadi kaunselor yg baik.
InsyaAllah… semoga Allah permudahkan urusan hambanya. Memberi kekuatan untuk bermuahadah, mujahadah, muraqabah, muhasabah, dan muaqabah kepada Allah swt. Walaupun berat untuk semua ini, namun kehidupan itu akan tetap di telusuri…

Thursday, May 3, 2012

DOM

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana limpah rahmat dan inayahnya dapat ana kendalikan slot Diskusi Orang Muda di Radio Usim bertemankan sahabat2 seperjuangan yang lain. Selepas bertungkus lumus memikirkan slot yang sesuai untuk di kongsi bersama warga kampus, akhirnya slot DOM ini menjadi pilihan kami untuk mengemukan pandangan dan berkongsi idea dan cerita bersama warga kampus dan juga masyarakat di luar sana. Antara objektif slot ini diadakan adalah bertujuan:


a)      Memberi peluang kepada mahasiswa da’wah untuk mengetahui bidang informasi dan penyiaran dengan lebih mendalam.
b)      Mengasah bakat para pelajar dalam komunikasi dan pengucapan awam.
d)   Menghidupkan suasana ilmu di dalam kampus dan meningkatkan pengetahuan mahasiswa dalam isu semasa.
Buat permulaan, slot ini telah mengambil satu inisiatif untuk berkongsi pengetahuan para pelajar FKP tentang peranan mereka dalam berda’wah. Di atas stand da’wah ini utk semua dan ballighu anni walau ayat . Slot ini telah membincangkan PERANAN KOS YANG ADA DALAM FKP DALAM B’DA’WAH. Antara ahli panel yang memeriahkan konti radio kita pada 11 April yang lalu ialah:
1)      Saudara Razif Fuad – kos Akidah dan Agama
2)      Saudara Zaim – kos Kaunseling
3)      Saudari Muflita – kos Komunikasi
4)      Saudari Rafidah – kos Da’wah
5)      Saudari Nor Rihan – kos Da’wah
Perkongsian yang julung kali dapat dijalankan ini sangat menarik untuk dikongsikan bersama warga kampus USIM. Pada siri yang pertama ini, mereka telah mengemukakan pandangan masing2 serta berkongsi cerita2 tentang aktiviti da’wah yang telah mereka lakukan baik di dalam kampus ataupun pada masyarakat luar.
Selain itu, kami membincangkan peranan mahasiswa FKP yang tinggal di bawah satu bumbung fakulti yang sama dan menjalankan da’wah secara bersama. Perkongsian yang sangat menarik yang dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara semua kos di FKP. Sikap keterbukaan mahasiswa ini dalam menyampaikan da’wah sangat dititik beratkan dalam perkongsian tersebut. Malah bila di tanyakan tentang peranan da’wah mereka, rata-rata semua antara mereka pernah menjalankan aktiviti da’wah. Sangat seronok berkongsi cerita dengan kalian. Tahniah kepada semua. Semoga kita dapat meneruskan lagi perkongsian ini dari masa ke semasa;)
NANTIKAN KAMI DALAM SIRI SETERUSNYA DALAM RADIO USIM-EKSPERSI INFORMASI TERKINI
-----------------------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------------------


Sunday, April 29, 2012

Why read the Qur’an when we do not understand arabic?


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

Sunday, April 1, 2012

Kursus Perubatan Sihir dan Saka

Alhamdulillah berpeluang menghadiri kursus perubatan Islam yang disampaikan oleh pengasas Pusat Terapi Islam Al-Fatah, jutaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Wan Asrul dan semua jawatankuasa Daiman yang terlibat. Nampaknya ramai tetamu dari luar datang untuk mempelajari ilmu ini yang mana program seperti ini sangat julung2 kali diadakan di Usim.

Antara pengisian yang dikongsikan pada hari kursus adalah:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Pagar rumah

2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin
c) Saka & Pengaruhnya dalam masyarakat

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah Rawatan Sihir
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan.
a) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
b) 7 Salamun Hayy
c) Amalan Kerezekian
d) Doa Nur

Semoga beroleh manfaat dari ALLAH swt dan menjadi amalan buat kita semua...insyaAllah;)

Saturday, March 31, 2012

MUWASAFAT TARBIYAH


Menyedari akan kekurangan kita dalam gerak kerja bersama harakah Islamiyah,mari kita buat checklist sifat sifat yang telah tertanam dalam diri kita.

-----------------------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------------------------

MUWASAFAT TARBIYAH

1. Salimul Aqidah-Aqidah yang bersih/suci

Firman Allat Taala yang ertinya: ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Kerana memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah-Ibadah yang sahih

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap ibadah (khusus) haruslah merujuk kepada sunnah Rasul yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan dan pengurangan dalam hal dasar seperti bilangan rakaat solat fardhu.

3. Matinul Khuluq-Akhlak yang mantap

Allah berfirman yang ertinya: ‘Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi-Fizikal yang sihat

Rasulullah bersabda yang ertinya: “Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah” (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri-Pemikiran yang luas

firman-Nya yang ertinya: “Katakanlah samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” (QS 39:9).

6. Mujahadatun Linafsihi-Bersungguh sungguh dengan diri

Rasulullah bersabda yang ertinya:” Tidak beragama seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)” (HR. Hakim).

7. Harishun ‘ala Waqtihi-Menjaga masa

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Kerana itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:

‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.

8. Munazzhamun fi Syu’unihi-Tersusun urusan

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik.

9. Qodirun ‘alal Kasbi-Berdikari

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri/berdikari (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan apabila seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tidak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi

10. Naafi’un Lighairihi-Bermanfaat bagi orang lain

Rasulullah bersabda yang ertinya: “sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR. Qudhy dari Jabir).

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~

Maka dalam proses menetapkan segala muwasafat diatas dalam diri seorang abnaul harakah, al faqir mencadangkan kita mentamrinkan diri sendiri dengan kehidupan.bukan sekadar menanti nanti untuk menyertai siri siri tamrin yang diprogramkan.Ini kerana menyedari bahawa hidup ini adalah interaksi antara Allah dan makhluknya. Dan Allah lebih banyak berbicara menggunakan ayat kauniyahnya iaitu alam ini berbanding Al Qur’an(kerana ada masa kita baca,ada masa tidak) dalam mengajar manusia erti sebuah kehidupan.

Berkata Al ArifBillah Sayyidi Sheikh Rohimuddin Nawawi Al Bantani Azmatkhan Al Husaini,

“Jika kamu tidak mengenal QUDRAH ALLAH,Maka Allah akan memperkenalkan diriNYA dengan taqdir- taqdirNYA.

Maka dalam menjalani fasa ini,istiqamah sangat diperlukan bagi menatijahkan hasil. Satu metode yang diajar oleh para Ulama bagi kita istiqamah dalam sesuatu perkara ialah dengan LIMA MIIM.

1)Muahadah- Berjanji dengan Allah untuk melaksanakan sesuatu perkara.

2)Mujahadah- Bersungguh sungguh dalam melaksanakan perkara tersebut.

3)Muraqabah- Menghampirkan diri dengan Allah memohon bantuan dan pertolongan agar dimudahkan pekerjaan tersebut.

4)Muhasabah- Muhasabah adakah telah melaksanakan perkara yang telah di janjikan.

5)Muaqabah- Melakukan denda untuk mendisiplinkan diri.

Moga Allah mudahkan kita semua dalam perjalanan ini dan mencukupkan kita dengan sifat sifat yang telah kita sebutkan.

Al Faqir Al Haqir Ilallah al Latif Sunan Al Haramain , Perbukitan Ilmu,UKM, 20 Mac 2012, 6.13PM


Sunday, March 25, 2012

Kuatkan diri

Hari ini telah masuk minggu ke 6 pengkuliahan...
Moga Allah beri kekuatan utk meneruskan perjuangan ini.
Pengalaman baru utk hari ini apabila di temuramah dlm satu slot tv 1
Persada Jurnal...Tajuknya berkaitan tentang khwn remaja..
kalau nak berbicara soal pengalaman sebenarnya sedikit sgt pengalaman itu.
preparation pun tak dpt buat byk...tak tahu kenapa cuti baru ni hati menjadi sayu..
mungkin sebab tak balik rumah kan...minggu2 sblm ni berpeluang utk pulang bertemu abg dan fmly..namun, ana cuba buang sikap negatif dlm diri, dan berusaha sebaik mungkin..

soalan yg pertama diajukan adalah pendpat kita ttg khwn remaja dan gejala sosial yg berlaku di zaman skrg...ana nak elobarate mcmn ni??blur...skjp...sbnrnya point dh ada tp tak tahu lah..bila berhadapan dgn camera n tmbh lg shooting kat tempat yg panas tu..hilang habis semua...mula shooting tu...berfikir balik...apa yg aku merapu ni??;)
"sorry lah puan director n cameraman, saya nervous la...huhu.."bleh pula ana ckp mcm tu. nasiblah semua nya sporting...kenapa lah suruh ana jd org pertma menggantikan shbt yg gelabah...ana pun jd gelabah...
lepas tenangkan diri 2 minit, cameraman shoot lagi sekali...
kali ni, lebih tenang, tp point nak elobate masih tak keluar...tah ape yg diingat pun tak tahulah..
ape2 pun cuba je yg terbaik...

kemudian soalan yg ke dua ditanya ialah persiapan untuk berkahwin??
persiapan pula...em...ana hanya keluarkan point utk mantapkan dari sudut agama dan ekonomi..
dan bg contoh skit2 sbb 2 minit je kene ckp...
Allahurabbi...mana smgt ni???
habis pada shooting tu rasa mcm lega skit satu kerja dah selesai..ptg ni sambung utk kuliah firaq islami dan jumpa kaunselor kat HEP...
Ya Allah berilah kekuatan pd hambamu, kesabaran yg tinggi untuk menunggu...

semalam abg call nasihatkan supaya penuhikan masa dengan majlis2 agama..abg setiap hari ke masjid agung dgr kuliah tafsir. tambah pula abg minggu ni sibuk mempersiapkan diri untuk ujian munaqasyah..semoga abg terus success. nampak serius sj abg bg nasihat semalam. itu tandanya abg betul2 menekankan perihal tersebut. abg kata atas kita nak atau tidak utk mempelajarinya..betul tu..huhu..sayu nya;(
tak tahu kenapa dgr je nsht abg air mata mesti mengalir...
semoga Allah pelihara abg, kesihatan, ilmu serta dpt memanfaatkan nya utk masa akan dtg..
tak sabar menunggu kepulangan abg nnt...moga kita dapat membina keluarga yg mawaddah, sakinah dan rahmah..amin;)

30 luahan isteri

Buku pikatlah hatiku: 30 luahan isteri
BAHAGIAN 1: BISIKAN DAN PERASAAN HATI ISTERI
Bisikan 1: "Suamiku, Bermesralah dengan Isterimu"
Bisikan 2: "Suamiku, Fahamilah Perubahan Semula Jadi Isterimu"
Bisikan 3: "Suamiku, Jangan Cepat Cemburu"
Bisikan 4: "Suamiku, Bersikap Romantik dan Sayangilah Isterimu"
Bisikan 5: "Suamiku, Buangkan Sikap Garang dan Pemarahmu"
Bisikan 6: "Suamiku, Berusaha Mengambil Hati Isterimu"
Bisikan 7: "Suamiku, Sesekali PandaiIah Memuji Isterimu"
.
BAHAGIAN 2: BISIKAN DAN KELUHAN HATI ISTERI
Bisikan 8: "Suamiku, Rajinlah Membantu Isteri mu"
Bisikan 9: "Suamiku, Janganlah Mata Keranjang"
Bisikan 10: "Suamiku, Adakanlah Perbincangan dan Perbualan Denganku"
Bisikan II: "Suamiku, Hargailah Pendapat Isterimu"
Bisikan 12: "Suamiku, Bersedialah Mengakui Kesilapanmu"
Bisikan 13: "Suamiku, Jangan Suka Berbohong"
Bisikan 14: "Suamiku, Bijaklah Mengurus Penampilan Dirimu"
Bisikan 15: "Suamiku, Berikan Perhatian Terhadap Keluarga"
Bisikan 16: "Suamiku, Sentiasalah Bersikap Adil"
Bisikan 17: "Suamiku, Laksanakan Tanggungjawab Kebapaan Secara Optimum"
.
BAHAGIAN 3: BISIKAN DAN HARAPAN HATI ISTERI
Bisikan 18: "Suamiku, Bekerjasamalah dalam Menguruskan Rumah Tangga dan Mendidik Anak-anak"
Bisikan 19: "Suamiku, Pertingkatkan Pengetahuan Agamamu"
Bisikan 20: "Suamiku, Uruskan Masamu dengan Baik"
Bisikan 21: "Suamiku, Fahamilah Tanggungjawabmu yang Sebenar"
Bisikan 22: "Suamiku, Jangan Terlalu Leka dengan Kerjayamu"
Bisikan 23: "Suamiku, Buangkan Sikap Pemabukmu"
Bisikan 24: "Suamiku, Hentikan Tabiat Merokokmu"
Bisikan 25: "Suamiku, Jangan Terlalu Boros"
Bisikan 26: "Suamiku, Janganlah Terlalu Ego"
Bisikan 27: "Suamiku, Pimpinlah Keluargamu dengan Penuh Kaliber"
Bisikan 28: "Suamiku, Majukan Diri dalam Bidang Kerjayamu"
Bisikan 29: "Suamiku, Fahamilah Tahap-tahap Perubahan dalam Perkahwinan"
Bisikan 30: "Suamiku, Jadilah Contoh kepada Keluargamu"

Mungkin ini adalah salah satu buku yang dapat membantu institusi kekeluargaan.

Friday, February 10, 2012

Trip to Pekan Baru With Mom n Sis

Masjid Agung Provinsi Riau

UIN Suska

Cuti semester kali ini, berpeluang lagi ke Pekan Baru. Cuma kali ini bedanya dtg bersama ibu dan kakak ke sana. Seronok rasanya dapat bawa mak n kakak jalan2 di Pekan Baru. Tetapi sayangnya cuti kakak hanya empat hari. Tak banyak tempat yang dapat kami lawati.

Hari pertama sampai di sana, abg telah menunggu di airport Sultan Syariff Kasim, Pekan Baru, Riau. Sudah hampir sebulan kami tidak bertemu. Kami menaiki teksi ke rumah sewa abg. Tengahari ni, yang special nya abg dah siap masak tomyam utk mkn tengahari;)
Selepas makan abg ke Mess pelajar bg membantu persiapan majlis ramah mesra bersama Atase Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Jakarta. Kami bertiga pula rehat di rumah keletihan. Selepas Asar kami keluar ke bandar untuk menukar wang rupiah. Abg bawa kami naik oplet yang kadang2 tersangkut kepala, bergoyang, n bunyi lagu yang sgt kuat. Kasian tgk mak, tapi mak steady jer..hehe.Pada malam nya ana ikut abg ke Mess, mak dan kakak berehat di rumah sambil buat kuah laksa untuk esok. Kesian abg, balik bercuti hari tu demam, makan pun tak lalu. Jadi buatkan lah laksa untuk nya...

Hari kedua, abg bawa kami jalan2 beli barang di Ramayamana. Akak nampaknya gembira dapat memilih baju utk majlis resepsi die nnt..huhu..
Memang murah sgt bila pandai tawar menawar dgn dialek Indonesia. Sudah 2 thn setengah abg di Indonesia, dah pandai cakap Indonesia.
Byk juga barang yang dapat di beli..
Mak pula aim nya ialah Quran Miracle n pen digital yang boleh membaca Al-Quran tu..
Pada hari ke dua kami dtg untuk servey harga barang..Dgn harapan esok dtg utk mendapat kan nya..;)

Hari ketiga, abg bawa kami ke UIN Suska, nak tunjuk kat mak n kakak, kat sini lah tempat abg belajar. Universitas nya lebih besar dari Malaysia. Skrg pelajarnya mencecah 20,000 mahasiswa. Kemudian, tengahari nya kami pulang ke rumah makan tengahari. Selepas solat Zohor cadangnya nak keluar. Tapi nampak semua macam letih jer. Kami ambil keputusan untuk keluar selepas asar. Kebetulan pula rumah banjir...huhu. Tangki penuh, jadi air pun melimpah..pengalaman buat mak n kakak kene cuci rumah..huhu. Ini lah rumah kami, bila lupa nak tutup air, kene moop le satu rumah..;)
Petang tu kami ke Ramayana sekali lagi, ada lagi baju yang tak dibeli rupanya. Ana n abg hanya melihat gelagat mak n kakak yang seronok membeli. Berkali-kali proses tawar menawar dibuat oleh abg. Kesian pula tgk abg...Last sekali kakak kata nak baju tu...nnt adik dtg sekali lagi beli kan kat akk yer, sbb nya...kedai nak di tutup waktu tu..sampai kedai nak tutup punya duk membeli..huhu. Mlm tersebut kami solat maghrib di Masjid Agung... sgt cantik masjid ni waktu mlm. Kemudian, abg bw mak gi beli Quran Miracle kat Mall Pekan Baru. Sukanya mak dapat Quran tu, senyum je mak balik Malaysia nnt. Perut pun dah lapar, abg decide makan kat Warong Nasi Uduk, mak n kakak pun tak penah rasa nasi ni. Nama mcm unik skit, tapi cuma nasi lemak, ayam panggang, sambal n daun pudina. Memang berselera lah. Kebetulan berjumpa dengan para pelajar Malaysia yang turut serta makan di sana.

Sudah hari ke empat mak n kakak di sini, flight mereka pg hari ini. Kami menghantar mak n akak pulang di bandara. Mak seronok duduk kat sini, nampaknya macam tak nak balik pun ada. tapi tiket dah ambil..huhu..klu ikutkan mak boleh tinggal di sini lama skit sbb sudah tak kerja. Tak mengapa, ada rezeki dtg lagi masa abg wisuda nnt bulan tujuh. InsyaAllah...Amin..
Akhirnya, tinggallah ana di pekan baru with abg selama sebulan cuti semester;)
Sedikit coretan sepanjang di Pekan Baru bersama abg, mak n kakak