Tuesday, February 18, 2014

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT


KEMATIAN ITU PASTI
“Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati”, itulah kata2 hukama tentang kematian. Bijak dalam mempersiapkan diri untuk menempuhi alam kematian adalah satu fasa yang perlu diambil perhatian oleh setiap insan yang hidup di dunia ini. Setiap makhluk yang menumpang di dunia ini pasti akan mati. Lihat sahaja pada cuaca yang kurang baik sejak akhir2 ini menyebabkan banyak pokok dan tumbuhan hijau yang mati dan bertukar warna kekuning-kuningan. Ini salah satu daripada ingatan Allah bahawa setiap yang hidup itu pasti ada pengakhirannya.

Bulan ini sudah dua kali kami berulang ke kampung bertemu opah yang sedang sakit tua. Keadaan opah pada mulanya nampak baik, namun sejak akhir2 ini kesihatan nya semakin merosot. Opah bergantung pada bantuan pernafasan oksigen yang dibekalkan kepadanya. Beliau terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah. Ramai anak2nya telah pulang melawat ibu yang banyak berkorban membesarkan 11 orang anak itu. Saudara mara terdekat juga tidak ketinggalan datang melawat memberi penghormatan buat insan yang banyak berjasa ini. Ketika pulang baru2 ini opah masih boleh bercakap, sempat ana lapkan badannya, suapkan beberapa titisan air kopi dan air zamzam ke mulutnya, kelihatan kakinya yang dulunya bengkak dah semakin surut. Walaupun beliau opah kepada suami tapi Allah berikan kesempatan buat diriku merasai keberadaan beliau dalam hidup ini kerana sejujurnya ana tidak pernah merasai adanya seorang opah atau nenek sebelum ini. Nenek sebelah mak telah meninggal dunia sejak umurku 2 tahun, manakala nenek sebelah ayah memang tidak sempat untukku bertemu. Sebelum kami pulang, kami datang melawat opah lagi, opah tidak boleh berkata2. Mungkin opah sedang berzikir mengingati Allah. Beliau seorang yang tidak banyak bercakap sejak ana mengenalinya. Seorang yang sangat merendah diri. Semoga opah terus kuat dan sentiasa mengingati Allah di setiap nafasnya. Kami mendoakan yang terbaik buat dirinya agar semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Dalam menziarahi orang yang sedang sakit ini, masyarakat terutamanya perlu tahu tatacara dalam menziarahi mereka yang telah uzur ini. Di sini ana ceritakan serba sedikit tatacaranya. Sebelum itu, bagi orang yang sedang sakit hendaklah dia bersabar ketika sedang menderita kesakitan. Makruh hukumnya apabila dia mengerang. Haram pula hukumnya apabila dia menentang takdir yang telah Allah tentukan kepadanya. Anggaplah sakit itu sebagai tebusan dan penghapus dosa yang pernah dilakukannya.

Imam Muslim dalam kitab sahihnya menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada lain bagi seorang muslim yang tertimpa sakit, kecuali Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya, sebagaimana daun yang berguguran dari pohon”. (HR. Muslim)

Aisyah RA menuturkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tiada bagi seorang mukmin yang terkena duri atau yang lebih besar lagi, kecuali Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus dosanya”. (HR Muslim)

Alangkah baiknya jika seseorang yang ditimpa musibah itu sabar dengan ujian kesakitan nya dan beruntunglah bagi mereka yang redha dengan kesakitan yang menimpa dirinya. Malah sekiranya seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan dia sedang sakit, maka dia akan dapat bertemu Allah dengan darjat yang tinggi. Namun ingatlah, saat berada dalam kondisi penderitaan atau tertimpa bencana janganlah kita mengharapkan kematian.

Hal ini berdasarkan pada sabda Rasulullah SAW, “Janganlah salah seorang di antara kalian mengharapkan kematian kerana bencana yang menimpa. Tapi hendaknya dia berkata, “Ya Allah, hidupkan aku apabila kehidupan lebih baik bagiku, dan wafatkan aku jika kematian lebih baik bagiku.” (HR at-Tarmizi dan al-Bukhari) At-Tarmizi mengatakan, “Hadith ini berstatus Hasan Sahih”.

Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam semuanya, salah satu daripadanya sekiranya dia sakit hendaklah kita menziarahinya. Sebahagian daripada kita yang beada dalam samudera kehidupan untuk mencari penghidupan ini tidak sempat2 untuk menjenguk orang yang sedang sakit. Bahkan, terkadang kita lupa sehingga meremehkan serta menolak langsung persoalan menziarahi orang sakit. 

Antara tatacara ketika menziarahi mereka ialah kita harus menghiburkannya. Sebuah hiburan dapat mengurangkan rasa sakitnya. Ini kerana perasaan kasih saying yang dicurahkan kepada orang lain dapat menguatkan tekad dan meringankan beban yang dialami olehnya. Malah si penziarah juga memperoleh pahala yang besar di sisi Allah SWT. 

Selain itu, disunnahkan bagi seorang muslim yang menjenguk orang sakit untuk mendoakan agar beliau cepat sembuh, diberi kesihatan, dan diberi kesabaran dalam menanggung penderitaan itu. 

BERSAMBUNG... 

Bagi menyambung peringatan di atas, sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan bersama kaian semua. Namun memohon sedikit masa dan ruang shbt2 yang membaca untuk sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah opah yang telah kembali ke rahmatullah 19 Februari 2014 yang lalu. Semoga ruhnya bersama orang2 yang solehah..

1 comment:

  1. sangat penting bagi kita untuk menziarahi orang sakit demi menjalin silaturahmi dan saling mendoakan sesama muslim

    ReplyDelete