Hari ke hari silih berganti, kehidupan ini diteruskan dengan penuh iltizam pada tahun baru 2014. Banyak yang ingin digapai tatkala umur bertambah menjelang bulan Februari ini. Mungkin sambutan tahun baru 2014 tidaklah bermakna sangat untuk disambut namun hari kelahiran kali ini terasa sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup. Pertambahan umur satu fatrah baru untuk meningkatkan ilmu, ibadah, amal dan istiqamah yang belum di capai pada tahun2 sebelum ini.
Ibrah di atas perjuangan serikandi Islam..
Menjengah di dalam perjuangan serikandi Islam Khadijah
binti Khuwailid. Sangat besar perjuangan beliau dalam membangunkan
empayar Islam. Penghulu wanita syurga yg tiada tolok bandingnya. Seorang
usahawan berjaya dan terbilang. Seorang kekasih Nabi tatkala susah dan
senang. Terkesima mendengar sebuah tazkirah tempoh hari yang
menceritakan pengorbanan Khadijah sehinggakan ketika beliau sakit
menemui Illahi sempat lagi beliau berpesan kepada nabi jika tulang belulangnya dapat digunakan untuk Islam, maka gunakanlah. Tika itu keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi maka diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika
hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.
Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah
menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam
itu dengan katanya: Allahumma anta salam wamin ka salam wailaika yau'dusalam fahayyina rabbana bisalam wa adkhilna jannatadarasalam tabarak tarabbana wa ta'alaik ya zaljalali walikram" . Itulah wirid yg sering kita ucapkan selepas solat. Jika ingin diceritakan satu per satu sejarah hidup Saidatina Khadijah memang tidak habis untuk ditulis, maka tidak hairanlah betapa ramai penulis2 sejarah Isalm yang dapat menulis buku tentang sejarah hidupnya.
Merenung pula sirah perjuangan Siti Aisyah RA, tika umur sebegini Aisyah RA telah menghafal beribu2 hadith Nabi Muhammad SAW. Muhasabah diri, berapa banyak hadith yg telah aku hafal saat ini? Teringat seorg guru halaqah semenjak di USIM bertanyakan kami satu kelas, "ada tak 10 buah hadith kamu hafal saat ini??" Bila ditanya sebegitu, aku terfikir, 10 buah hadith?? sikit sgt jika dibandingkan dengan umur saat ini. Waktu itu aku mula membaca satu persatu hadith yg pernah ku hafal semenjak di bangku sekolah. Ketika di sekolah dulu, setiap minggu kami diberikan hadith baru yg pendek dan ringkas untuk di hafal, kemudian ditasmik oleh kakak2 senior Badar ketika perhimpunan hari Ahad sebelum rotong royong. Subhanallah, hadith2 itu masih segar dlm ingatan. Namun hadith yg terdapat dalam sahih bukhari dan muslim masih belum habis di khatam apatah lagi di hafal. Semoga dgn pertambahan umur ini membawa azam yg baru utk terus berusaha menghafalnya.
Menarik pula membaca sejarah Masyitah tukang sisir rambut anak firaun dalam peristiwa Israk Mikraj. Ketika Baginda
Nabi s.a.w sedang dalam perjalanan Isra’nya terciumlah Nabi s.a.w akan
bau yang harum. Bertanya Nabi s.a.w, “Bau apakah itu ya Jibril?”
Jawab Jibril, “Itulah bau
kuburnya Masyitah, tukang sisir rambut anak Firaun. Tatkala terjatuh sikatnya
maka berkatalah Masyitah, “Dengan nama Allah celakalah Firaun.” Maka
terdengarlah anak Firaun akan ucapan Masyitah itu lantas diadukan kepada
ayahnya (Firaun).
Maka Masyitah pun ditanya oleh
Firaun, ” Benarkah engkau bertuhankan selain dari aku?”
Jawab Masyitah, “Benar, saya dan
tuanku bertuhankan Allah yang satu.”
Kata Firaun, “Mahukah engkau
menarik balik perkataan engkau itu?”
Jawab Masyitah, “Tidak.”
Walaupun dipujuk oleh Firaun,
Masyitah tetap enggan mengaku yang Firaun sebagai Tuhan, lalu Firaun mengambil
keputusan iaitu Masyitah beserta suaminya dan dua orang anaknya dihukum bunuh.
Walaupun demikian Masyitah tetap teguh pada pendiriannya, hanya satu sahaja
yang dipintanya kepada firaun iaitu ia sekeluarga hendaklah ditanamkan pada
satu lubang kubur.
Maka Firaun pun memerintahkan
supaya menjerang kawah yang diisi air. Apabila air itu mendidih dimasukkanlah
suami Masyitah dan anaknya yang besar. Ketika tiba giliran anaknya yang kecil
yang masih menyusu, tiba-tiba anak itu berkata, “Hai ibuku janganlah lengah
lagi, jatuhkanlah dirimu ke dalam kawah itu. Bahawa engkau adalah didalam ugama
yang benar.” Maka Masyitah beserta anaknya pun menjatuhkan dirinya ke dalam
kawah. Hebat perjuangan mereka sekeluarga seperti mana pengorbanan keluarganya Yasir dan Sumaiyah. Itulah ahli syurga.
Anaknya Masyitah dapat berkata2 ketika masih kecil. Besar sungguh kuasa Allah. Bayi yang masih kecil boleh berkata2. Ambil pengajaran di sini sebagai seorg ibu. Anakku yang masih kecil ketika ini, sedang belajar untuk bercakap, perkataan apa pertama sekali yg perlu diajarkan kepadanya. Sepatutnya ajarkanlah dia mengenal penciptanya, ucapkanlah kalimah ALLAH. Bukan salah utk mengajarkan dia memanggil kita (ayah, abah, papa, abi, baba dan ibu, mama, umi, mak dan sebagainya) namun biarlah dia mengenal siapa Tuhannya seperti mana dia mendengar azan dan iqamat yg dilaungkan ayahnya saat dia dilahirkan.
Muhasabah diri sempena ulangtahun kelahiran kali ini. Semoga dengan pertambahan umur ini meningkatkan amal ibadah dan istiqamah dlm mencari Keredhaan Allah SWT. Benar kata seorang ilmuan, 3 Waktu berharga dalam diri kita, pertama tika mana kita dilahirkan, kedua saat kita tahu kenapa kita dilahirkan, dan ketiga tika kita evaluasi diri kita kenapa kita dilahirkan. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN;)
Muhasabah diri sempena ulangtahun kelahiran kali ini. Semoga dengan pertambahan umur ini meningkatkan amal ibadah dan istiqamah dlm mencari Keredhaan Allah SWT. Benar kata seorang ilmuan, 3 Waktu berharga dalam diri kita, pertama tika mana kita dilahirkan, kedua saat kita tahu kenapa kita dilahirkan, dan ketiga tika kita evaluasi diri kita kenapa kita dilahirkan. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN;)
No comments:
Post a Comment