Alhamdulillah hajat mak dan kakak untuk menunaikan umrah
pada tahun ini tercapai juga. Allah permudahkan urusan mereka. InsyaAllah ada
rezeki kami juga ingin ke sana. Sebelum mak dan kakak berangkat, aku sempat
berjumpa, mengucapkan selamat pergi dan pulang ke tanah suci. Gembira kelihatan
di wajah mak dan kakak bertemankan saudara mara dan jiran yang turun sama
pergi.
Hari ini 1Rejab, bulan yang penuh keberkatan mengiringi
perjalanan mereka. Dua bulan lagi akan masuknya Ramadhan. Cukup singkat masa
berlalu. Banyak ujian yang perlu di lalui sehingga masuknya fatrah Ramadhan
kali ini. Akak bertanyakan kepadaku, adakah punyai doa untuk disampaikan ketika
beliau di sana nnt? Aku mohonkan doa yang sama seperti aku mohonkan pada sahabatku
yang baru-baru ini berangkat ke tanah suci.
Bersama-sama itu, rakan-rakanku juga menitipkan doa mereka untuk akak
sampaikan ketika berada di sana. Sayu rasa hati bila mak dan kakak ingin pergi
menunaikan umrah, walaupun masa hanya dua minggu, namun hati semakin lama
semakin sedih.
Aku meluahkan rasa sedih itu pada kakak, kakak kata “kesian
adik, suami jauh, mak dan akak pula nak gi umrah”, aku sedih..hanya mampu
berdiam. Cuba untuk tahan air mata dari mengalir. Pada saat keberangkatan, mak
mula menitiskan air mata sehingga tidak mampu melihat wajah aku lagi. Sayu nya
suasana itu, hanya bertemankan sahabat yg berada di sini. Nama nya seorang pejuang
tidak perlu sedih bukan. Tapi walaupun kekuatan yang tersimpan pasti wujud
sekelumit rasa sedih yang menyelubungi diri.
Bila berada bersendirian, kita sendiri akan mula
bermuhasabah diri dan kadang2 kita memerlukan seseorang untuk bersama berkongsi
cerita:( Mungkin
kita silap kerana berkongsikan hal ini dengan insan bernama manusia. Sedangkan kita
punyai Allah yang sentiasa menemani. Mendengarkan rintihan kesedihan, kedukaan,
kegembiraan dan kesyukuran.
Sebenarnya minggu ini aku telah mendengar masalah
rakan-rakan yang berkaitan dengan soal hati, adakah berbeza orang yang ‘sakit
hati’?dgn org yg ‘hatinya sakit’? kalau bercerita tentang org yg sakit hati
sudah pasti ianya disebabkan oleh perselisihan pendapat atau pergaduhan. Namun, aku lebih prefer melihat kepada orang yang ‘hatinya sakit’ iaitu
orang yang tidak mampu menjaga hatinya. Memberi nasihat memang mudah, namun
perlu juga mengaplikasikan ape yg dibicarakan.
Alhamdulillah syukur kerana semester ini berpeluang mempelajari
subjek basic counseling skills. Hopefully my suggestion can be accepted with
each others. Aku cuba memberi nasihat apa yang termampu kepada rakan-rakan yang
dalam dilema ini. Namun, kadang2 aku sendiri menjadi binggung apabila seorang
kaunselor dapat mendengar permasalahan org lain setiap hari, sedangkan dia juga
sebenarnya mempunyai masalah. Aku utarakan soalan ini kepada lecturer yg
mengajar, sehingga jawapan yang aku dapat ialah, manusia ini dalam otak dia
mempunyai banyak kotak, selepas mendengar permasalahn org lain, simpan dalam
satu kotak dan kunci dan jangan buka2 lagi. Sebab itu kaunselor
akan lupakan permasalahan yang berlaku oleh clientnya. Selepas mendengar
jwpn tersebut, baru aku faham akan fungsi proses kaunseling itu sendiri. Seterusnya,
berusaha untuk menjadi kaunselor yg baik.
InsyaAllah… semoga Allah permudahkan urusan hambanya. Memberi
kekuatan untuk bermuahadah, mujahadah, muraqabah, muhasabah, dan muaqabah
kepada Allah swt. Walaupun berat untuk semua ini, namun kehidupan itu akan
tetap di telusuri…
No comments:
Post a Comment