Buat Sahabat2ku Di Usim
I dedicate this note to all my beloved friends especially to all my classmates -
Rafidah Husin, Syazwani, Salwa, Saibah, K.Wani, Madihah, Syai, Syikin, Fitriya, Zila, Kimah, Iqlima, Asmat, and all the members. It is the advice from Murabbi..
Wahai anakku,
Hargailah persahabatan yang ikhlas kerana Allah, kerana ia kekal dalam
redha Allah. Bilamana Allah utus kepadamu seorang sahabat yang baik
akhlaknya, tekun menjalankan perintah Allah, tenang menghadapi ujian
Allah, sesungguhnya DIA telah mengutuskan kepadamu seorang guru yang
baik untuk kamu mempelajari kebaikan darinya.
Untuk itu wahai
anakku, pelajarilah dari sahabatmu itu kecintaan kepada Allah, merasai
kasih sayangnya agar engkau akan takut kepada kemurkaanNya dan sangat
mengharap redhaNya.
Wahai anakku,
Syaitan berusaha merosakkan persahabatan baik itu dengan memasukan
nilai kejahatannya. Ia akan berusaha memisahkan kamu dari sahabat yang
baik itu. Kasihsayang mu kerana Allah akan bertukar kepada kecintaan
melampau kepadanya; sehingga kamu nampak diri sahabatmu lebih besar dari
Allah. Lalu kamu akan menghargainya lebih dari Allah yang mengutuskan
ia kepadamu. Kamu bangga dengannya sehingga kamu terlalai dari bangga
dengan Allah yang sentiasa memeliharamu. Engkau akan rasa rindu
kepadanya, sehingga kamu tidak lagi merindui Tuhanmu. Engkau akan
menangis kerananya, tetapi kamu tidak menangisi dosamu terhadap Allah.
Wahai anakku,
Betapa gembiranya kamu menerima surat yang disampaikan oleh seorang
posmen, janganlah sampai kamu lupa kepada yang menulis surat kepadamu.
Engkau menunggu- nunggu kedatangan posmen ke rumahmu setiap hari, tetapi
kamu tidak menanti redha Tuhanmu. Engkau akan membaca catatan sahabatmu
yang kamu cintai itu berkali kali, tetapi kamu tidak membaca lagi
peringatan Allah ( Quran) yang dikirim kepadamu.
Wahai anakku,
Syaitan sangat licik menipu manusia, kini kamu kasih kepada sahabatmu
kerana kamu rasa hebatnya sahabatmu, baiknya dia, penyanyangnya dia dan
pelbagai alasan, sehingga bayangannya lebih besar dari Allah. Untuk itu
wahai anakku, besarkanlah kasih sayangmu kepada Tuhanmu, nescaya akan
datang kasih sayang makhluk Allah kepadamu. Jagalah segala perintah
Allah, nescaya Allah akan memelihara persahabatanmu, dan jangan sesekali
kamu lakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah dalam
persahabatanmu, kerana hakikatnya setiap manusia akan berpisah juga
akhirnya, namun kamu tidak akan berpisah dengan Allah.
Senyumlah dalam ketaatan...... Tanda redha kepada Tuhanmu
No comments:
Post a Comment