Monday, December 19, 2011

Masyarakat Orang Asli


Dakwah di Langkap Dangi, Jempol Negeri Sembilan

Cuti semester berbaki diisi dengan pengalaman baru bersama masyarakat orang asli di Kg Langkap Dangi. Pelbagai pengalaman dapat kami rasai bermalam selama enam hari di sana. Merasai suasana masyarakat yang sudah semakin moden berbanding masyarakat orang asli zaman lampau. Kedatangan kami disambut baik oleh ketua kampung yang lebih dikenali sebagai Tok Batin serta ahli jawatankuasa di sana. Pengalaman pertama sekali yang tidak dapat dilupakan adalah makan sireh dgn buah pinang sbg tanda hormat kami berkunjung ke kg mereka serta menghormati adat resam masyarakat mereka.
Kelakar pula tgk rakan2 yang buka mulut sambil pejam mata apabila disuapkan sireh.

Sepanjang di sana kami berkesempatan mengadakan ibadah korban yang dilaksanakan oleh pensyarah2 FKP serta masyarakat kampung yang beragama Islam di sana. Aktiviti masak memasak pula diambil alih oleh ajk memasak dari pelajar sendiri. Memang hebat betul pelajar dakwah ni, dapat bertahan masak untuk semua masyarakat di sana serta semua peserta yang terlibat seramai 80 org selama enam hari berturut-turut. Walaupun ala kadar makan nya, namun semangat yang ditunjukkan oleh ajk memasak patut dipuji.

Kami juga berkesempatan mempelajari kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka terutama sekali menganyam daun palas dengan pelbagai design yang sgt menarik. Bagi muslimin pula, mereka berkesempatan mengikut pemuda2 masyarakat org asli masuk ke hutan mencari batang nibung untuk di masak pada hari terakhir kami di sana.

Pelbagai pengalaman yang dapat kami peroleh sepanjang di sana. Kami bukan sahaja berukhwah dgn masyarakat org asli namun yg lebih utama, kami semua dapat mengeratkan lagi persaudaraan kami satu kuliah. Ana bersyukur atas pengalaman yang mengajar erti kesabaran yang tinggi dalam menyelesaikan satu2 masalah disamping para shbt yang sentiasa memberi semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

Terima kasih semua kerana menjayakan program ini. Matlamat utama kita masih belum kita kecapi. Usaha lah dan bertawakkal lah kepada Allah yang maha Esa moga misi kita terlaksana. Wallahu a'lam...

Sunday, November 20, 2011

Beraya Di Pekan Baru

Bertakbir di malam raya Aidiladha di Konsulat Malaysia Pekan Baru, pengalaman pertama kali berhari raya bersama insan tersayang dan jauh dari keluarga.
Walaupun cuti yang berbaki hanya empat hari, namun pengalaman yang sangat menyeronokan. Malam raya dihiasi dengan gegak gempita takbir di sepanjang jalan raya bersama kereta berhias yang sangat cantik dan unik. Kagum dengan sambutan yang sangat meriah. Bersama itu juga buat pertama kali nya dapat menikmati jagung bakar panas2...huhu.

Pada hari raya Aidiladha, pelajar Malaysia semua nya berkumpul di Konsulat bagi sama2 menunaikan solat hari raya Aidil adha serta mengadakan korban seekor lembu dan seekor kambing. Perjalanan program berjalan lancar disamping program gotong royang masak memasak bersama masyarakat dan warga konsulat.
Banyak pengalaman yang ana dapat sepanjang berada di sana, berkongsi cerita bersama pelajar Malaysia, mengenal budaya masyarakat di sana, serta yang paling penting adalah berkongsi pengalaman ini dgn suami...;) terima kasih abg.. Jaga diri baik2 dan selamat berjuang..
Perjalanan cuti yang berbaki adalah program dakwah kepada masyarakat org asli, perjuangan masih diteruskan dgn kerja2 amal yg tak pernah putus2 utk dilaksanakan sbg seorg da'ie.
Mohon didoakan moga kesihatan mengizinkan dan perjalanan ini Allah permudahkan..Amin.
Wallahu'alam..

Monday, November 14, 2011

Pusat Saudara Baru Rahang N9

Salam Perjuangan Buat Semua..
Lama sangat rasanya tidak update blog ni, atas kekangan waktu dengan kesibukan kuliah serta asgmnt yg bertimbun2 mmg tak dpt nak bahagikan masa dengan penulisan ini. Alhamdulillah pagi ni berkesempatan sedikit untuk berkongsi cerita sepanjang pertengahan semester di Usim ni.

Bulan Oktober yang lalu sibuk dengan program dakwah tatbiqi bersama saudara2 baru di Pusat Saudara Baru N9. Sangat manis kenangan bersama mereka walaupun hanya 3 hari 2 malam berprogram namun terasa ukhwah itu sgt rapat. Terima kasih kepada pihak MACMA n MAINS yang memberi kami peluang untuk bersama2 menyebarkan dakwah kepada masyarakat saudara baru kita di sana. Semoga usaha yang kita laksanakan bukan hanya di sini, namun berterusan dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat di luar sana yang masih memerlukan kita sebagai pendamping dan sahabat mereka.

Bulan September diteruskan lagi dengan program dakwah kepada masyarakat orang Asli... tunggu ketibaan kami semua ke sana...

Monday, July 11, 2011

NEVER GIVE UP

There maybe times
When things aren't the
way we hope to be,
Everything looks imposibble,
and we feel like just giving up...
But then, sometimes, we just
have to give it another chance
another try just one more time...
Take things, a step at a time
Do what works
Best for you
Be hopeful as you...
Use your inner, strength and qualities
keep or believing
that you can do it, look out for
the positive light to shine on you
You may just find that what seem difficult
has just ben made right...
InsyaAllah..

Friday, July 8, 2011

PERJUANGAN MU...


Hari-hari percutian semester diisikan dengan mjlis ilmu dan khidmat kepada keluarga dan masyarakat. Saat ini baru punya masa yang luang untuk bersama dengan keluarga dan masyarakat sekeliling. Melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan ujian dan cabaran yang Allah berikan pada setiap hambanya. Merasakan diri ini sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Ujian yg dilalui pada masa lalu mengajar diri lebih matang dalam menempuh kehidupan hidup di masa2 akan datang. Kehidupan yang sederhana setelah kehilangan insan yang amat disayangi menjadikan kehidupan ini bersederhana dalam setiap hal. Bila kita rasa susah, kita fikirkan ini adalah ujian dari Allah, sedangkan kita tak tahu yang pada saat kita memperoleh kesenangan itu juga merupakan ujian dari Allah, tp bentuknya berbeza, iaitu ujian kesenangan.

Baru2 ini ana mendapat berita seorang shbt mengalami kemalangan yang teruk. Sangat menyayat hati melihat keadaannya. Doktor kata, dekat kaki kanan, patah kt bhg peha dan bawah lutut kat tgn kiri pn ada 2 bhg yg patah kat rahang pun patah jugak. Dari gambar yg dipostkan oleh shbt2 di FB menjadikan hati sangat sebak melihatnya. Mengalir air mata mengenangkan dirinya yang rajin berkongsi cerita. Kesakitan beliau rasai saat ini kita tak tahu bgmn, namun pada zahirnya sakit itu hanya Allah yg mengetahui semuanya. Buat shbt2, sama2 kita doakan kondisi shbt kita ini kembali pulih sepenuhnya. Semoga Allah kuatkan semangat nya dan terus memberi rahmat dan kasih sayang Nya pada pejuang seperti beliau dan shbt2 lain yg turut terlibat dlm kemalangan tersebut...Amin.
Kesusahan itu tercalit secebis kesakitan dan keperitan dalam menempuh setiap ujian yang Allah berikan, kalian adalah orang yang hebat yang Allah pilih untuk diuji. Kesanggupan kalian dalam perjuangan ini Allah sudah catatkan sbg bekalan di akhirat nnt. Ujian ini terselit berjuta2 hikmah yang kita sendiri tidak tahu bila dan bagaimana bentuknya. Yakinlah pada janji Allah.

Tuesday, July 5, 2011

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: • Hatinya selalu berniat suci • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah • Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) • Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia

Thursday, June 30, 2011

WANITA ISLAM

Wahai wanita2 Islam
Seorang Muslimah itu dipandang dari AKHLAKNYA
Seorang Mukminah itu dinilai dari IMANNYA
Seorang Serikandi itu diukur dari PERJUANGANNYA
Seorang Ibu itu di rindui dari PENGORBANANNYA
Seorang Gadis itu dihargai dari sifat MALUNYA
Seorang Wanita itu dihormati dari KETINGGIAN MARUAHNYA
Oleh itu, Duhai Muslimah Sejati, Bersihlah hatimu dengan
kemanisan iman yang sukar dikecapi tanpa janji Tuhan. Jannah
bukan mimpi tapi realiti. Dunia yang hanya persinggahan dan
akhirat yang kekal abadi...

Friday, June 24, 2011

Kisah Cinta Syeikh Said Hawa dan Ummu Muhammad


Dikongsikan di sini, kisah kehidupan Ummu Muhammad (isteri kepada Syeikh Said Hawa) sepanjang bergelar isteri kepada seorang pejuang.

Artikel ini diterbitkan hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada tahun 2000. Semoga bermanfaat.

Bagaimanakah Kehidupan Syeikh Said Hawa Secara Terperinci?


Syeikh Rahimahullah amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi.Oleh itu,selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan.

Anak-anaknya masih kecil ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978.Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan - Muhammad, Ahmad, Mu'az dan Fatimah, alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak. Justeru, apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.

Setiap pagi, beliau akan meluangkan masa bersama anak-anak dan kadangkala sekitar pukul 9 ke 10 malam.Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah,menulis dan mengarang.Saya akan membantunya dalam beberapa aspek: Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan Alhamdulillah kami mampu menghasilkan beberapa kitab.Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.

Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.

Bagaimana Perasaan Ummu Muhammad Ketika Syeikh Rahimahullah Ditangkap dan Dipenjarakan?

Ketika itu,harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah dan saya tidak sekalipun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset Al-Quran dan kisah-kisah Agama.

Mereka mula menghafaz al-Quran ketika berusia 5 tahun dan kini,tiga daripada mereka telah pun hafiz al-Quran malah mempraktikkan isi kandungannya, alhamdulillah. Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara, adiknya Mahmud, seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid.

Bagaimanakah Bentuk Kehidupan Ummu Muhammad dan Syeikh Rahimahullah Sebagai Pasangan Suami Isteri?

Kami sama-sama memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran.

Contohnya,jika kamu keletihan,jangan kamu berehat terus,sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk, kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu.Jika dikunjungi tetamu,segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu berusaha memanfaatkan waktu.

Kami akan membaca al-Quran selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya pada waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak.Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumahtangga.

Pernah sekali saya mimpikan beliau ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di dalam penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan di hati saya bahawa al-Quran yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Quran. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain.
Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh Rahimahullah di rumah keluarganya.

Bagaimanakah As-Syeikh Mengenali Ummu Muhammad?

Awalnya, saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali. Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.

Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang , saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."


Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Rahimahullah meninggal.


Apakah Aturan Pendidikan Untuk Anak-anak Ummu Muhammad?


Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek Tauhid dan Ibadat.


Ajari mereka al-Quran dan mulakan dengan Surah Al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil.


Tarbiyah dalam aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut Akhlak mereka,oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah.


Jika sudut Agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih,dan masalah ini lebih ketara kepada anak-anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian,menutup aurat,solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.


Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersama Syeikh Rahimahullah adalah sama,sama ada dari segi pakaian, kerja dakwah , penulisan, dan menyambut tetamu. Lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentiasa , InsyaAllah adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan kalimah Allah Taala.



Monday, May 30, 2011

Cinta Yang Bermusuhan

Apakah wujud dua orang yang di dunia saling mencintai di akhirat justeru saling memusuhi?

Iya ada, jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak diakhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering kali melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa jua pun. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa. Melihatkan semuanya indah di mata dan hati nya. Lupa akan dosa dan pahala, juga pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Maka dengan itu jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya bermusuhan kelak di akhirat. Sebab, mereka akan berseteru di hadapan Allah. Inilah yang telah diperingatkan Allah dalam surah Az-Zuhruf, ayat 67:


Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagiannya yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.


Moga kita sama2 sedar akan setiap perilaku kita selama ini dan menjadikan iman sebagai benteng utama dlm setiap pertimbangan hidup. Jangan menjadi musuh kepada kekasih di akhirat kelak. Tiada permusuhan antara kekasih, yang ada hanya kasih sayang.



Sunday, May 29, 2011

KULIAH SUBUH DI KEDAH


20 MEI 2011
KULIAH SUBUH MASJID BANDAR BARU, KEDAH.
JEMPUTAN: USTAZ ABDUL SALAM ABDUL MUTALIB
MAAHAD TAHFIZ AL HUFFAZ LAMBONG INDONESIA

Cuti diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga. Moga hari2 yang berlalu terisi dengan pengisian majlis ilmu yang penuh bermanfaat.
Pagi ini bersama ibu ke Masjid Bandar Baru Kedah untuk mendengar tazkirah daripada ustaz yang katanya datang dari Indonesia. Semalam ana ke Masjid Serdang kerana mendapat jemputan dari zaujah Imam masjid tersebut bagi menghadiri majlis doa selamat buat Imam dan zaujahnya yang bakal menunaikan umrah hari Sabtu ni. Semoga selamat pergi dan pulang. Dalam majlis tersebut berjumpa dengan ahli qariah yang menjemput kami untuk sama2 dtg ke Masjid Bandar Baru pada keesokkan harinya.
Kami datang sesudah solat subuh di rumah, masjid tersebut lebih kurang 5km dari rumah. Majlis baru bermula ketika mana kami sampai, ustaz tersebut membawa dua orang anak muridnya. pelbagai peringatan yang disampaikan kepada ahli jemaah, semua khusyuk mendengarnya. Antaranya ialah perinagatan tentang dtgnya hari kiamat yang selama ini kita tunggu2. Tanda2 yang telah nyata yang berlaku pada zaman ini sgt banyak sekali.

1) tanda2 kecil
2) tanda2 besar

Tanda2 kecil ini diceritakan
'akan datang satu zaman yang mana Islam akan hilang daripada permukaan bumi, yang tinggal hanya namanya, quran akan hilang dari mashafnya yg tinggal hanyalah tulisannya sahaja, masjid besar tetapi sepi daripada jemaah, ulama pada hari itu dtg nya dari mereka fitnah yang juga akan kembali kepada mereka fitnah tersebut'- riwayat Baihaqi

Islam ini diumpamakan seperti kapal selam, ada timbul dan tenggelamnya, ada masyarakat yang mendanggap Islam itu hanya pada nama yang mana tidak diamal sama sekali segala tuntutannya. Islam juga dianggap seperti ayat kursi, yang mana Islam hanya bermain dengan kerusi2 di parlimen tanpa menegakkan segala syariat yang Islam inginkan. Takutkah anda dengan persoalan amanah yang Allah akan hitungkan pada kita di alam barzakh nnt??

Seoalah2 Islam sudah tiada lagi sehingga menjadikan masjid yang tersergam indah hanya perhiasan pada pengunjung, yang mana datang bukan untuk solat tapi sekadar sebuah perhentian untuk membuang air kecil mahupun air besar. Sedih bila melihatkan banyak binaan masjid yang cantik namun tiada penghuninya.

ana tertarik dengan kata2 ustaz tetang perumpamaan yang diberikan:
Pemimpin - Singa : merasa diri berkuasa memimpin negara
Menteri - Serigala : kuat mengampu dan baik dengan semua orang
Hakim - Anjing : tak dapat nak bezakan antara yang baik dan tidak
Manusia/ Rakyat - Kambing: yang hanya tahu mengikut telunjuk pemimpin tanpa memikirkan sesuatu.
Berdoa dan berharap agar negara kita aman dari semua nya. Pilihlah pemimpin yang baik akhlaknya kerana ia juga mencorak keperibadian rakyatnya.
bersambung....

Thursday, May 19, 2011

Islam Itu Indah


Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga

Tuesday, May 10, 2011

Al Habib Sayyid Muhammad Solah Al-Attas Al-Husaini


KULIAH MAGHRIB
8 MEI 2011/ 4 JAMADILAKHIR 1432H
BERSAMA : AL HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SOLAH AL-ATTAS AL-HUSAINI

Alhamdulillah pengalaman yang sangat manis dapat berjumpa dengan Al Habib Sayyid Muhammad pada ceramah beliau di Serdang tempoh hari. Hari2 cuti terisi dengan pengisian yang bermanfaat bersama keluarga. Dikhabarkan oleh penterjemah beliau bahawa Al Habib Sayyid merupakan keturunan Nabi Muhammad saw yang berasal dari negeri Yaman, juga mendapat sanad pengajian daripada Saidina Ali daripada Rasulullah saw.
Banyak yang ditekankan dalam pengajian pada malam tersebut, antaranya ialah peringatan tentang persaudaraan sesama muslim, kehidupan dalam berkasih sayang, dan juga tentang kematian.

* Janganlah kamu menindas orang yang lemah.

* Kita memerlukan orang yang sentiasa memberikan nasihat kepada kita.

* Sesama muslim adalah bersaudara kerana kebenaran iman kita menjadikan kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, sekiranya sakit salah satu anggotanya maka sakitlah tubuh seluruhnya.

* Kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, namun hari ini kita dapat lihat bahawa sesama muslim ada yang berpecah belah dan saling tidak menegur, maka perkara ini perlulah dihindarkan kerana kehidupan bersaudara amat perlu dalam sebesar besar perkara dan sekecil kecil perkara.

* Maka jika ada permusuhan di antara kalian hendaklah disatukan dengan kasih sayang. Jika dilihat kembali, kalimah syahadah yang diucapkan terkandung kasih sayang yang mewajibkan kita untuk men'ta'kid'kannya kerana kalimah tersebut sangat agung kelebihannya.

* Selain itu, peliharalah nyawa dan harta muslim yang lain, diharamkan bagi kita untuk membunuh orang yang mengucapkan kalimah syahadah, kerana ini diceritakan bahawa Saidina Usamah bin Zaid telah membunuh seorang kafir Quraisy dlm satu peperangan yang mana orang kafir itu telah mengucap dua kalimah syahadah dihadapannya. Saidina Usamah memberitahu kerana takutkan kematian, kafir Quraisy itu mengucapkan kalimah syahadah bukan kerana dia benar2 hendak memeluk Islam. Lalu, Saidina Usamah membunuhnya. Hal ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah memanggil Saidina Usamah dan bertanyakan perihal ini. Saidina Usamah mengiakan pertanyaaan Rasulullah tentang apa yang telah beliau lakukan, sehingga tiga kali pertanyaan Rasulullah itu, Saidina Usamah mengiakan. Maka Rasulullah memberitahu
bahawa kita tidak tahu apa yang diniatkan oleh kafir Quraisy itu, adakah dia benar-benar ingin memeluk Islam atau tidak, maka janganlah kamu membunuh mereka setelah mereka melafazkan kalimah syahadah.

* Janganlah kamu cinta akan jawatan, nafsu dan juga pangkat.

* Allah jadikan dunia ini untuk kita memakmurkannya dengan sebaik2 takwa kepada Allah dengan tiada perkelahian dan juga hasad dengki antara satu sama lain.

* Keluarkanlah harta kamu ke jalan Allah. Jika dilihat harta itu dikeluarkan untuk makanan, makanan itu akan habis dimakan, jika dikeluarkan untuk pakaian, semua itu akan ditinggalkan namun jika kamu keluarkan untuk diinfakkan ke jalan Allah maka ia akan kekal selamanya.

* Sentiasalah bertanyakan pada diri sendiri, adakah kita akan masuk ke syurga Allah dan peroleh nikmat di dalamnya?

* Banyakkanlah berfikir tentang kematian supaya kita akan dikumpulkan dan bertemu dengan para nabi dan juga sahabat2 baginda.

* Ketika kita ingat akan kesalahan kita, berusahalah untuk mempertingkatkan amalan bukan berputus asa dengan kehidupan

Wallahua'lam

Akhir kalam, semoga kita sama2 mendapat manfaat atas pengisian yang diberikan oleh Al Habib Sayyid Muhammad ini. Menitis air mata ana saat beliau membacakan doa, semoga Allah memberkati majlis ilmu ini. Hal ini kerana beliau membaca sebuah hadith yang mafhumnya, Allah mengangkat satu golongan yang mana di syurga nnt akan kelihatan mereka ini berada di mimbar2 yang bercahaya, dengan pakaian yang bercahaya sehinggakan para sahabat cemburu melihatnya, siapakah golongan ini?, mereka lah golongan umat Muhammad yang datang dari negeri yang lain tetapi duduk berhimpun kerana Allah dalam rasa KASIH SAYANG KERANA ALLAH...SUBHANALLAH;)

Friday, January 28, 2011

SENI DA'WAH BUAT PEMUDA


Makna hadis:

Abu umamah r.a. berkata: "Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.” Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.” Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram.”
(Hadis Riwayat Ahmad)


SENI DAKWAH:

  1. Rasulullah SAW mengajak pemuda menghampiri Baginda. Baginda tidak memarahi, bahkan mempersilakan pemuda itu duduk dekat dengannya (sebab pemuda ini, terlebih dahulu mendekati baginda dan bertanya kepada baginda). Justeru itu para dai hendaklah sentiasa menghargai kesediaan para pemuda apabila mereka sendiri datang mendekati para dai.
  2. Di sini, sekali lagi, baginda Rasulullah SAW memperlihatkan contoh kedekatan fizikal apabila menjemput pemuda itu duduk menghampirinya. Kedekatan fizikal mencerminkan kedekatan hati, keprihatinan, kasih sayang dan perlindungan yang diperlukan oleh pemuda yang sering bingung, gelisah dan dihantui pelbagai masalah dan kelemahan.
  3. Baginda mengunakan kaedah pendidikan dua hala, yakni berdialog atau berbincang dengan pemuda. Baginda tidak tergesa-gesa menguasai pentas dakwah dengan berceramah atau berpidato semata-mata. Bahkan, baginda melontarkan pendapat-pendapatnya dan mengajak pemuda itu berfikir. Baginda bersabar mendengar segala pandangan balas, tanpa memintas percakapan pemuda tersebut.
  4. Baginda memberi fokus kepada permasalahan yang sedang dihadapi oleh pemuda dan memberikan misalan-misalan (mathal a’la) yang sesuai dan mudah difahami oleh pemuda (mad’u).
  5. Dalam teori tarbiah, apabila pendakwah mengemukakan sesuatu konsep, maka pendakwah perlu sertakan contoh-contoh atau misalan-misalan yang sesuai untuk menjelaskan konsep yang ingin diketengahkannya. Semakin banyak misalan-misalan yang diutarakan, maka semakin mudahlah mad’u memahami dan yakin dengan sesuatu konsep. Perkara penting yang ingin diketengahkan oleh Rasulullah SAW, dalam konteks hadis ini, ialah mengenai hukum haram berzina dan kewajipan menjahuhi zina.
  6. Baginda mengukuhkan kaedah pengubatan baginda terhadap pemuda/mad’u itu dengan:
    a. Berdoa kepada Allah SWT (kerana Allah lah yang memberi hidayah dan merobah hati manusia).
    b. Memohon kepada Allah SWT supaya mengampuni dosa pemuda itu. Ini bermakna baginda mendorong pemuda itu untuk bertaubat kepada Allah SWT (kerana cara pembersihan dosa ialah melalui jalan taubat)
    c. Memohon kepada Allah SWT supaya mensucikan hati pemuda (kerana hati yang bersih adalah titik tolak bagi kehidupan yang bersih).
    Hal ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW dalam kesempatan yang lain:
    أَلَّا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
    Yang bermaksud:
    "Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
    d. Memohon kepada Allah SWT supaya memelihara kehormatan pemuda itu.
  7. Ungkapan dari hadis - Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal-hal yang haram - mengisyaratkan bahawa:
    a. Pemuda itu disediakan altenatif-alternatif yang baik untuk beramal.
    b. Pemuda itu disibukkan dengan kerja-kerja Islam, belajar dan berjihad.

    Oleh itu pendakwah hari ini perlu memperbanyakkan altenatif-altenatif yang soleh bagi para pemuda untuk beraktiviti atau beramal. Ini kerana manusia sering terdorong mengikut suasana dan persekitaran yang dihadapinya. Manusia akan mengikut apa yang dipermudahkan baginya.
Rujukan:
1. Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.
2. Hadith Arbain, Susunan Imam Nawa

Saturday, January 8, 2011

ANDAI MEREKA TAHU

ANDAI LELAKI TAHU

Andai lelaki tahu,dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.
andainya lelaki tahu,rajuk seorang perempuan minta dipujuk.
marah seorang perempuan perlu didekati.
sedih seorang perempuan harus didengari..
gembira seorang perempuan ingin dikongsi..
andainya lelaki tahu...
disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut......
bukan untuk dimanjai.
bukan jua untuk ditatangi bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terus wujud walau disaat jauh...
kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya.
pada diri seorang perempuan..
wujudkah cinta itu di hati lelaki??
bila disaat jauh tanpa perkhabaran??
sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang...
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini..
cintailah seseorang itu kerana hatinya..
bukan paras rupa semata..
(sumber dari video di utube)