seindah putaran cinta dunia yg sentiasa menjadi idaman insan yang berjiwa kerdil, terselit jiwa2 yang rindukan cinta Agung, tersisip jiwa yg rindukan ukhwah dan najah dalam mencari kedua-duanya...
Tuesday, May 10, 2011
Al Habib Sayyid Muhammad Solah Al-Attas Al-Husaini
KULIAH MAGHRIB
8 MEI 2011/ 4 JAMADILAKHIR 1432H
BERSAMA : AL HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SOLAH AL-ATTAS AL-HUSAINI
Alhamdulillah pengalaman yang sangat manis dapat berjumpa dengan Al Habib Sayyid Muhammad pada ceramah beliau di Serdang tempoh hari. Hari2 cuti terisi dengan pengisian yang bermanfaat bersama keluarga. Dikhabarkan oleh penterjemah beliau bahawa Al Habib Sayyid merupakan keturunan Nabi Muhammad saw yang berasal dari negeri Yaman, juga mendapat sanad pengajian daripada Saidina Ali daripada Rasulullah saw.
Banyak yang ditekankan dalam pengajian pada malam tersebut, antaranya ialah peringatan tentang persaudaraan sesama muslim, kehidupan dalam berkasih sayang, dan juga tentang kematian.
* Janganlah kamu menindas orang yang lemah.
* Kita memerlukan orang yang sentiasa memberikan nasihat kepada kita.
* Sesama muslim adalah bersaudara kerana kebenaran iman kita menjadikan kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, sekiranya sakit salah satu anggotanya maka sakitlah tubuh seluruhnya.
* Kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, namun hari ini kita dapat lihat bahawa sesama muslim ada yang berpecah belah dan saling tidak menegur, maka perkara ini perlulah dihindarkan kerana kehidupan bersaudara amat perlu dalam sebesar besar perkara dan sekecil kecil perkara.
* Maka jika ada permusuhan di antara kalian hendaklah disatukan dengan kasih sayang. Jika dilihat kembali, kalimah syahadah yang diucapkan terkandung kasih sayang yang mewajibkan kita untuk men'ta'kid'kannya kerana kalimah tersebut sangat agung kelebihannya.
* Selain itu, peliharalah nyawa dan harta muslim yang lain, diharamkan bagi kita untuk membunuh orang yang mengucapkan kalimah syahadah, kerana ini diceritakan bahawa Saidina Usamah bin Zaid telah membunuh seorang kafir Quraisy dlm satu peperangan yang mana orang kafir itu telah mengucap dua kalimah syahadah dihadapannya. Saidina Usamah memberitahu kerana takutkan kematian, kafir Quraisy itu mengucapkan kalimah syahadah bukan kerana dia benar2 hendak memeluk Islam. Lalu, Saidina Usamah membunuhnya. Hal ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah memanggil Saidina Usamah dan bertanyakan perihal ini. Saidina Usamah mengiakan pertanyaaan Rasulullah tentang apa yang telah beliau lakukan, sehingga tiga kali pertanyaan Rasulullah itu, Saidina Usamah mengiakan. Maka Rasulullah memberitahu
bahawa kita tidak tahu apa yang diniatkan oleh kafir Quraisy itu, adakah dia benar-benar ingin memeluk Islam atau tidak, maka janganlah kamu membunuh mereka setelah mereka melafazkan kalimah syahadah.
* Janganlah kamu cinta akan jawatan, nafsu dan juga pangkat.
* Allah jadikan dunia ini untuk kita memakmurkannya dengan sebaik2 takwa kepada Allah dengan tiada perkelahian dan juga hasad dengki antara satu sama lain.
* Keluarkanlah harta kamu ke jalan Allah. Jika dilihat harta itu dikeluarkan untuk makanan, makanan itu akan habis dimakan, jika dikeluarkan untuk pakaian, semua itu akan ditinggalkan namun jika kamu keluarkan untuk diinfakkan ke jalan Allah maka ia akan kekal selamanya.
* Sentiasalah bertanyakan pada diri sendiri, adakah kita akan masuk ke syurga Allah dan peroleh nikmat di dalamnya?
* Banyakkanlah berfikir tentang kematian supaya kita akan dikumpulkan dan bertemu dengan para nabi dan juga sahabat2 baginda.
* Ketika kita ingat akan kesalahan kita, berusahalah untuk mempertingkatkan amalan bukan berputus asa dengan kehidupan
Wallahua'lam
Akhir kalam, semoga kita sama2 mendapat manfaat atas pengisian yang diberikan oleh Al Habib Sayyid Muhammad ini. Menitis air mata ana saat beliau membacakan doa, semoga Allah memberkati majlis ilmu ini. Hal ini kerana beliau membaca sebuah hadith yang mafhumnya, Allah mengangkat satu golongan yang mana di syurga nnt akan kelihatan mereka ini berada di mimbar2 yang bercahaya, dengan pakaian yang bercahaya sehinggakan para sahabat cemburu melihatnya, siapakah golongan ini?, mereka lah golongan umat Muhammad yang datang dari negeri yang lain tetapi duduk berhimpun kerana Allah dalam rasa KASIH SAYANG KERANA ALLAH...SUBHANALLAH;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment