Monday, May 30, 2011

Cinta Yang Bermusuhan

Apakah wujud dua orang yang di dunia saling mencintai di akhirat justeru saling memusuhi?

Iya ada, jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak diakhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering kali melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa jua pun. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa. Melihatkan semuanya indah di mata dan hati nya. Lupa akan dosa dan pahala, juga pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Maka dengan itu jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya bermusuhan kelak di akhirat. Sebab, mereka akan berseteru di hadapan Allah. Inilah yang telah diperingatkan Allah dalam surah Az-Zuhruf, ayat 67:


Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagiannya yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.


Moga kita sama2 sedar akan setiap perilaku kita selama ini dan menjadikan iman sebagai benteng utama dlm setiap pertimbangan hidup. Jangan menjadi musuh kepada kekasih di akhirat kelak. Tiada permusuhan antara kekasih, yang ada hanya kasih sayang.



Sunday, May 29, 2011

KULIAH SUBUH DI KEDAH


20 MEI 2011
KULIAH SUBUH MASJID BANDAR BARU, KEDAH.
JEMPUTAN: USTAZ ABDUL SALAM ABDUL MUTALIB
MAAHAD TAHFIZ AL HUFFAZ LAMBONG INDONESIA

Cuti diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga. Moga hari2 yang berlalu terisi dengan pengisian majlis ilmu yang penuh bermanfaat.
Pagi ini bersama ibu ke Masjid Bandar Baru Kedah untuk mendengar tazkirah daripada ustaz yang katanya datang dari Indonesia. Semalam ana ke Masjid Serdang kerana mendapat jemputan dari zaujah Imam masjid tersebut bagi menghadiri majlis doa selamat buat Imam dan zaujahnya yang bakal menunaikan umrah hari Sabtu ni. Semoga selamat pergi dan pulang. Dalam majlis tersebut berjumpa dengan ahli qariah yang menjemput kami untuk sama2 dtg ke Masjid Bandar Baru pada keesokkan harinya.
Kami datang sesudah solat subuh di rumah, masjid tersebut lebih kurang 5km dari rumah. Majlis baru bermula ketika mana kami sampai, ustaz tersebut membawa dua orang anak muridnya. pelbagai peringatan yang disampaikan kepada ahli jemaah, semua khusyuk mendengarnya. Antaranya ialah perinagatan tentang dtgnya hari kiamat yang selama ini kita tunggu2. Tanda2 yang telah nyata yang berlaku pada zaman ini sgt banyak sekali.

1) tanda2 kecil
2) tanda2 besar

Tanda2 kecil ini diceritakan
'akan datang satu zaman yang mana Islam akan hilang daripada permukaan bumi, yang tinggal hanya namanya, quran akan hilang dari mashafnya yg tinggal hanyalah tulisannya sahaja, masjid besar tetapi sepi daripada jemaah, ulama pada hari itu dtg nya dari mereka fitnah yang juga akan kembali kepada mereka fitnah tersebut'- riwayat Baihaqi

Islam ini diumpamakan seperti kapal selam, ada timbul dan tenggelamnya, ada masyarakat yang mendanggap Islam itu hanya pada nama yang mana tidak diamal sama sekali segala tuntutannya. Islam juga dianggap seperti ayat kursi, yang mana Islam hanya bermain dengan kerusi2 di parlimen tanpa menegakkan segala syariat yang Islam inginkan. Takutkah anda dengan persoalan amanah yang Allah akan hitungkan pada kita di alam barzakh nnt??

Seoalah2 Islam sudah tiada lagi sehingga menjadikan masjid yang tersergam indah hanya perhiasan pada pengunjung, yang mana datang bukan untuk solat tapi sekadar sebuah perhentian untuk membuang air kecil mahupun air besar. Sedih bila melihatkan banyak binaan masjid yang cantik namun tiada penghuninya.

ana tertarik dengan kata2 ustaz tetang perumpamaan yang diberikan:
Pemimpin - Singa : merasa diri berkuasa memimpin negara
Menteri - Serigala : kuat mengampu dan baik dengan semua orang
Hakim - Anjing : tak dapat nak bezakan antara yang baik dan tidak
Manusia/ Rakyat - Kambing: yang hanya tahu mengikut telunjuk pemimpin tanpa memikirkan sesuatu.
Berdoa dan berharap agar negara kita aman dari semua nya. Pilihlah pemimpin yang baik akhlaknya kerana ia juga mencorak keperibadian rakyatnya.
bersambung....

Thursday, May 19, 2011

Islam Itu Indah


Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga

Tuesday, May 10, 2011

Al Habib Sayyid Muhammad Solah Al-Attas Al-Husaini


KULIAH MAGHRIB
8 MEI 2011/ 4 JAMADILAKHIR 1432H
BERSAMA : AL HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SOLAH AL-ATTAS AL-HUSAINI

Alhamdulillah pengalaman yang sangat manis dapat berjumpa dengan Al Habib Sayyid Muhammad pada ceramah beliau di Serdang tempoh hari. Hari2 cuti terisi dengan pengisian yang bermanfaat bersama keluarga. Dikhabarkan oleh penterjemah beliau bahawa Al Habib Sayyid merupakan keturunan Nabi Muhammad saw yang berasal dari negeri Yaman, juga mendapat sanad pengajian daripada Saidina Ali daripada Rasulullah saw.
Banyak yang ditekankan dalam pengajian pada malam tersebut, antaranya ialah peringatan tentang persaudaraan sesama muslim, kehidupan dalam berkasih sayang, dan juga tentang kematian.

* Janganlah kamu menindas orang yang lemah.

* Kita memerlukan orang yang sentiasa memberikan nasihat kepada kita.

* Sesama muslim adalah bersaudara kerana kebenaran iman kita menjadikan kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, sekiranya sakit salah satu anggotanya maka sakitlah tubuh seluruhnya.

* Kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, namun hari ini kita dapat lihat bahawa sesama muslim ada yang berpecah belah dan saling tidak menegur, maka perkara ini perlulah dihindarkan kerana kehidupan bersaudara amat perlu dalam sebesar besar perkara dan sekecil kecil perkara.

* Maka jika ada permusuhan di antara kalian hendaklah disatukan dengan kasih sayang. Jika dilihat kembali, kalimah syahadah yang diucapkan terkandung kasih sayang yang mewajibkan kita untuk men'ta'kid'kannya kerana kalimah tersebut sangat agung kelebihannya.

* Selain itu, peliharalah nyawa dan harta muslim yang lain, diharamkan bagi kita untuk membunuh orang yang mengucapkan kalimah syahadah, kerana ini diceritakan bahawa Saidina Usamah bin Zaid telah membunuh seorang kafir Quraisy dlm satu peperangan yang mana orang kafir itu telah mengucap dua kalimah syahadah dihadapannya. Saidina Usamah memberitahu kerana takutkan kematian, kafir Quraisy itu mengucapkan kalimah syahadah bukan kerana dia benar2 hendak memeluk Islam. Lalu, Saidina Usamah membunuhnya. Hal ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah memanggil Saidina Usamah dan bertanyakan perihal ini. Saidina Usamah mengiakan pertanyaaan Rasulullah tentang apa yang telah beliau lakukan, sehingga tiga kali pertanyaan Rasulullah itu, Saidina Usamah mengiakan. Maka Rasulullah memberitahu
bahawa kita tidak tahu apa yang diniatkan oleh kafir Quraisy itu, adakah dia benar-benar ingin memeluk Islam atau tidak, maka janganlah kamu membunuh mereka setelah mereka melafazkan kalimah syahadah.

* Janganlah kamu cinta akan jawatan, nafsu dan juga pangkat.

* Allah jadikan dunia ini untuk kita memakmurkannya dengan sebaik2 takwa kepada Allah dengan tiada perkelahian dan juga hasad dengki antara satu sama lain.

* Keluarkanlah harta kamu ke jalan Allah. Jika dilihat harta itu dikeluarkan untuk makanan, makanan itu akan habis dimakan, jika dikeluarkan untuk pakaian, semua itu akan ditinggalkan namun jika kamu keluarkan untuk diinfakkan ke jalan Allah maka ia akan kekal selamanya.

* Sentiasalah bertanyakan pada diri sendiri, adakah kita akan masuk ke syurga Allah dan peroleh nikmat di dalamnya?

* Banyakkanlah berfikir tentang kematian supaya kita akan dikumpulkan dan bertemu dengan para nabi dan juga sahabat2 baginda.

* Ketika kita ingat akan kesalahan kita, berusahalah untuk mempertingkatkan amalan bukan berputus asa dengan kehidupan

Wallahua'lam

Akhir kalam, semoga kita sama2 mendapat manfaat atas pengisian yang diberikan oleh Al Habib Sayyid Muhammad ini. Menitis air mata ana saat beliau membacakan doa, semoga Allah memberkati majlis ilmu ini. Hal ini kerana beliau membaca sebuah hadith yang mafhumnya, Allah mengangkat satu golongan yang mana di syurga nnt akan kelihatan mereka ini berada di mimbar2 yang bercahaya, dengan pakaian yang bercahaya sehinggakan para sahabat cemburu melihatnya, siapakah golongan ini?, mereka lah golongan umat Muhammad yang datang dari negeri yang lain tetapi duduk berhimpun kerana Allah dalam rasa KASIH SAYANG KERANA ALLAH...SUBHANALLAH;)

Friday, January 28, 2011

SENI DA'WAH BUAT PEMUDA


Makna hadis:

Abu umamah r.a. berkata: "Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.” Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.” Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram.”
(Hadis Riwayat Ahmad)


SENI DAKWAH:

  1. Rasulullah SAW mengajak pemuda menghampiri Baginda. Baginda tidak memarahi, bahkan mempersilakan pemuda itu duduk dekat dengannya (sebab pemuda ini, terlebih dahulu mendekati baginda dan bertanya kepada baginda). Justeru itu para dai hendaklah sentiasa menghargai kesediaan para pemuda apabila mereka sendiri datang mendekati para dai.
  2. Di sini, sekali lagi, baginda Rasulullah SAW memperlihatkan contoh kedekatan fizikal apabila menjemput pemuda itu duduk menghampirinya. Kedekatan fizikal mencerminkan kedekatan hati, keprihatinan, kasih sayang dan perlindungan yang diperlukan oleh pemuda yang sering bingung, gelisah dan dihantui pelbagai masalah dan kelemahan.
  3. Baginda mengunakan kaedah pendidikan dua hala, yakni berdialog atau berbincang dengan pemuda. Baginda tidak tergesa-gesa menguasai pentas dakwah dengan berceramah atau berpidato semata-mata. Bahkan, baginda melontarkan pendapat-pendapatnya dan mengajak pemuda itu berfikir. Baginda bersabar mendengar segala pandangan balas, tanpa memintas percakapan pemuda tersebut.
  4. Baginda memberi fokus kepada permasalahan yang sedang dihadapi oleh pemuda dan memberikan misalan-misalan (mathal a’la) yang sesuai dan mudah difahami oleh pemuda (mad’u).
  5. Dalam teori tarbiah, apabila pendakwah mengemukakan sesuatu konsep, maka pendakwah perlu sertakan contoh-contoh atau misalan-misalan yang sesuai untuk menjelaskan konsep yang ingin diketengahkannya. Semakin banyak misalan-misalan yang diutarakan, maka semakin mudahlah mad’u memahami dan yakin dengan sesuatu konsep. Perkara penting yang ingin diketengahkan oleh Rasulullah SAW, dalam konteks hadis ini, ialah mengenai hukum haram berzina dan kewajipan menjahuhi zina.
  6. Baginda mengukuhkan kaedah pengubatan baginda terhadap pemuda/mad’u itu dengan:
    a. Berdoa kepada Allah SWT (kerana Allah lah yang memberi hidayah dan merobah hati manusia).
    b. Memohon kepada Allah SWT supaya mengampuni dosa pemuda itu. Ini bermakna baginda mendorong pemuda itu untuk bertaubat kepada Allah SWT (kerana cara pembersihan dosa ialah melalui jalan taubat)
    c. Memohon kepada Allah SWT supaya mensucikan hati pemuda (kerana hati yang bersih adalah titik tolak bagi kehidupan yang bersih).
    Hal ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW dalam kesempatan yang lain:
    أَلَّا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
    Yang bermaksud:
    "Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
    d. Memohon kepada Allah SWT supaya memelihara kehormatan pemuda itu.
  7. Ungkapan dari hadis - Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal-hal yang haram - mengisyaratkan bahawa:
    a. Pemuda itu disediakan altenatif-alternatif yang baik untuk beramal.
    b. Pemuda itu disibukkan dengan kerja-kerja Islam, belajar dan berjihad.

    Oleh itu pendakwah hari ini perlu memperbanyakkan altenatif-altenatif yang soleh bagi para pemuda untuk beraktiviti atau beramal. Ini kerana manusia sering terdorong mengikut suasana dan persekitaran yang dihadapinya. Manusia akan mengikut apa yang dipermudahkan baginya.
Rujukan:
1. Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.
2. Hadith Arbain, Susunan Imam Nawa

Saturday, January 8, 2011

ANDAI MEREKA TAHU

ANDAI LELAKI TAHU

Andai lelaki tahu,dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.
andainya lelaki tahu,rajuk seorang perempuan minta dipujuk.
marah seorang perempuan perlu didekati.
sedih seorang perempuan harus didengari..
gembira seorang perempuan ingin dikongsi..
andainya lelaki tahu...
disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut......
bukan untuk dimanjai.
bukan jua untuk ditatangi bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terus wujud walau disaat jauh...
kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya.
pada diri seorang perempuan..
wujudkah cinta itu di hati lelaki??
bila disaat jauh tanpa perkhabaran??
sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang...
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini..
cintailah seseorang itu kerana hatinya..
bukan paras rupa semata..
(sumber dari video di utube)



Saturday, January 1, 2011

SMILE IN 2011

SAHABAT dianugerahkan NUR diwajahnya
KELEMBUTAN dihatinya,
KETEGESAN pada didikannya,
PERAWAT kepada yang duka,
PENGHIBUR tika kesedihan,
PENDERMA kasih sayang yg tidak bertepi,
PENDENGAR yg setia,
PERINDU yg tak ada kesudahannya,
PEMBERI yg tidak pernah minta balasan,
PENDOA yg tak pernah putus harapan,
SELAMAT TAHUN BARU 2011
BUAT SEMUA SAHABAT SEPERJUANGAN
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 SEBELUMNYA

Saturday, December 25, 2010

SAAT INI




Carilah hati 3 tempat, yaitu

1. Hati ketika mendirikan solat.

2. Hati ketika membaca Al-Quran

3. Hati ketika mengingati mati


Tiada tempat bagi seorang yang akan dihuni setelah kematiannya , kecuali tempat tinggal yang telah ia bangun sebelum kematiannya, jika ia membangunnya dengan kebaikan , maka indahlah tempat tinggalnya itu, namun jika ia bangun dengan keburukan dosa2 maka nescaya rugilah ia.


Saturday, December 4, 2010

Amalan Di Bulan Muharam


1 Muharram 1432H/ 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah buat sekalian umat Islam

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk kita berada di tahun baru Maal Hijrah. Didoakan moga Allah merahmati kita di tahun baru ini dan sepanjang penghambaan kita buat Allah swt. Bersyukurlah dengan nikmat kasih dan sayang Allah pada kita. Bersempena dengan kedatangan Maal hijrah ini, terdapat amalan2 sunat yang boleh kita laksanakan bersama, tempatkan diri kita dengan mendekatkan diri pada Allah, moga ketenangan itu kita peroleh bersama.

Amalan yang disunatkan pada bulan Muharam :

1. Barang siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya
diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

2. Barang siapa berpuasa 3 hari berturut-turut pada hari Khamis,
Jumaat, Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala sepeti
beribadat 900 tahun.

3. Barang siapa berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama
berpuasa 30 tahun.

4. Barang siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis,
Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala sepertimana beribadat
selama 2 tahun.

5. Banyakkan solat sunat, zikir dan sebagainya.

Perkara sunat pada hari Asyura ( 10 Muharam ) :

1. Menahan marah. Di Akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.

2. Menunjukkan kelapangan masa / belanja anak isteri. Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.

3. Memuliakan fakir miskin. Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

4. Orang yang sesat...Allah akan menyuluhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan
sepohon pokok di Syuga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil hingga ia mati. Di
beri pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya
sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat. Tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu. Lafaz niat:
" Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana AllahTaala ".

9. Bercelak. Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan
pandangan rahmah di Akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat Asyura 4 rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun. Lafas niat :
" Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala ".
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa.
Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.

13. Berpuasa.
Niat : " Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura esok hari kerana Allah Taala". Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah, seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

* Doa
Jadikan tindakanku mengikut suruhan sunnahmu dan nabimu.

* Apabila keluar rumah niatkan :
Mencari ilmu
Matiku ( Syahid )
Cari rezeki yang halal ( Jihad ).

Friday, December 3, 2010

Munajat Cinta



Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan Allah telah mengira titisan air mata.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu, Allah setia disisimu .
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya.
Bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawpan nya..


Ya Allah …

Jika saat ini dia tersenyum semoga menjadi ibadah, jika dia marah semoga tak melampaui batas..

Jika dia sedih semoga kesedihannya bisa menghidupkan hati dan jiwanya.

Jika dia kelelahan moga menjadi pengugur dosa..

Semoga apa yg dia lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..

Semoga kebahagiaan dan keberkatan selalu menyertainya..

Ya Allah…Amin.


Semoga saat ini Allah sentiasa bersamamu temanku...