KEMATIAN
ITU PASTI
“Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa
mengingati mati”, itulah kata2 hukama tentang kematian. Bijak dalam
mempersiapkan diri untuk menempuhi alam kematian adalah satu fasa yang perlu
diambil perhatian oleh setiap insan yang hidup di dunia ini. Setiap makhluk
yang menumpang di dunia ini pasti akan mati. Lihat sahaja pada cuaca yang
kurang baik sejak akhir2 ini menyebabkan banyak pokok dan tumbuhan hijau yang
mati dan bertukar warna kekuning-kuningan. Ini salah satu daripada ingatan
Allah bahawa setiap yang hidup itu pasti ada pengakhirannya.
Bulan ini sudah dua kali kami berulang ke kampung
bertemu opah yang sedang sakit tua. Keadaan opah pada mulanya nampak baik,
namun sejak akhir2 ini kesihatan nya semakin merosot. Opah bergantung pada
bantuan pernafasan oksigen yang dibekalkan kepadanya. Beliau terbaring di atas
tilam di ruang tamu rumah. Ramai anak2nya telah pulang melawat ibu yang banyak
berkorban membesarkan 11 orang anak itu. Saudara mara terdekat juga tidak
ketinggalan datang melawat memberi penghormatan buat insan yang banyak berjasa
ini. Ketika pulang baru2 ini opah masih boleh bercakap, sempat ana lapkan
badannya, suapkan beberapa titisan air kopi dan air zamzam ke mulutnya,
kelihatan kakinya yang dulunya bengkak dah semakin surut. Walaupun beliau opah
kepada suami tapi Allah berikan kesempatan buat diriku merasai keberadaan
beliau dalam hidup ini kerana sejujurnya ana tidak pernah merasai adanya
seorang opah atau nenek sebelum ini. Nenek sebelah mak telah meninggal dunia sejak
umurku 2 tahun, manakala nenek sebelah ayah memang tidak sempat untukku
bertemu. Sebelum kami pulang, kami datang melawat opah lagi, opah tidak boleh
berkata2. Mungkin opah sedang berzikir mengingati Allah. Beliau seorang yang
tidak banyak bercakap sejak ana mengenalinya. Seorang yang sangat merendah
diri. Semoga opah terus kuat dan sentiasa mengingati Allah di setiap nafasnya.
Kami mendoakan yang terbaik buat dirinya agar semuanya dipermudahkan oleh
Allah.
Dalam
menziarahi orang yang sedang sakit ini, masyarakat terutamanya perlu tahu
tatacara dalam menziarahi mereka yang telah uzur ini. Di sini ana ceritakan
serba sedikit tatacaranya. Sebelum itu, bagi orang yang sedang sakit hendaklah
dia bersabar ketika sedang menderita kesakitan. Makruh hukumnya apabila dia
mengerang. Haram pula hukumnya apabila dia menentang takdir yang telah Allah
tentukan kepadanya. Anggaplah sakit itu sebagai tebusan dan penghapus dosa yang
pernah dilakukannya.
Imam Muslim
dalam kitab sahihnya menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada lain bagi seorang muslim yang
tertimpa sakit, kecuali Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya,
sebagaimana daun yang berguguran dari pohon”. (HR. Muslim)
Aisyah RA menuturkan bahwa Rasulullah SAW pernah
bersabda: “Tiada bagi seorang mukmin yang
terkena duri atau yang lebih besar lagi, kecuali Allah akan mengangkat
darjatnya atau menghapus dosanya”. (HR Muslim)
Alangkah baiknya jika seseorang yang ditimpa
musibah itu sabar dengan ujian kesakitan nya dan beruntunglah bagi mereka yang
redha dengan kesakitan yang menimpa dirinya. Malah sekiranya seseorang itu
meninggal dunia dalam keadaan dia sedang sakit, maka dia akan dapat bertemu
Allah dengan darjat yang tinggi. Namun ingatlah, saat berada dalam kondisi
penderitaan atau tertimpa bencana janganlah kita mengharapkan kematian.
Hal ini
berdasarkan pada sabda Rasulullah SAW, “Janganlah salah seorang di antara
kalian mengharapkan kematian kerana bencana yang menimpa. Tapi hendaknya dia
berkata, “Ya Allah, hidupkan aku apabila
kehidupan lebih baik bagiku, dan wafatkan aku jika kematian lebih baik bagiku.”
(HR at-Tarmizi dan al-Bukhari) At-Tarmizi mengatakan, “Hadith ini berstatus
Hasan Sahih”.
Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam
semuanya, salah satu daripadanya sekiranya dia sakit hendaklah kita menziarahinya.
Sebahagian daripada kita yang beada dalam samudera kehidupan untuk mencari
penghidupan ini tidak sempat2 untuk menjenguk orang yang sedang sakit. Bahkan,
terkadang kita lupa sehingga meremehkan serta menolak langsung persoalan
menziarahi orang sakit.
Antara tatacara ketika menziarahi mereka ialah kita
harus menghiburkannya. Sebuah hiburan dapat mengurangkan rasa sakitnya. Ini
kerana perasaan kasih saying yang dicurahkan kepada orang lain dapat menguatkan
tekad dan meringankan beban yang dialami olehnya. Malah si penziarah juga
memperoleh pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Selain itu, disunnahkan bagi seorang muslim yang
menjenguk orang sakit untuk mendoakan agar beliau cepat sembuh, diberi
kesihatan, dan diberi kesabaran dalam menanggung penderitaan itu.
BERSAMBUNG...
Bagi menyambung peringatan di atas, sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan bersama kaian semua. Namun memohon sedikit masa dan ruang shbt2 yang membaca untuk sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah opah yang telah kembali ke rahmatullah 19 Februari 2014 yang lalu. Semoga ruhnya bersama orang2 yang solehah..
Bagi menyambung peringatan di atas, sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan bersama kaian semua. Namun memohon sedikit masa dan ruang shbt2 yang membaca untuk sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah opah yang telah kembali ke rahmatullah 19 Februari 2014 yang lalu. Semoga ruhnya bersama orang2 yang solehah..