Saturday, January 8, 2011

ANDAI MEREKA TAHU

ANDAI LELAKI TAHU

Andai lelaki tahu,dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.
andainya lelaki tahu,rajuk seorang perempuan minta dipujuk.
marah seorang perempuan perlu didekati.
sedih seorang perempuan harus didengari..
gembira seorang perempuan ingin dikongsi..
andainya lelaki tahu...
disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut......
bukan untuk dimanjai.
bukan jua untuk ditatangi bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terus wujud walau disaat jauh...
kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya.
pada diri seorang perempuan..
wujudkah cinta itu di hati lelaki??
bila disaat jauh tanpa perkhabaran??
sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang...
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini..
cintailah seseorang itu kerana hatinya..
bukan paras rupa semata..
(sumber dari video di utube)



1 comment:

  1. andai lelaki sebagai suami untuk memahami, andai perempuan itu adalah isteri untuk saling berkongsi. itu maksud kata2 ini.

    ReplyDelete