Tuesday, July 24, 2012

Doa dan Zikir

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(At-Tirmidzi)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem...

Salam Ramadhan buat shbt2 seperjuangan. Ini merupakan kali ke dua berpuasa di Rumah sepenuhnya. Cuma bezanya ini merupakan Ramadhan pertama berpuasa bersama suami tercinta. Ramadhan kali ini juga disambut di rumah ibu mertua selepas kami pulang dari Pekan Baru, Riau bg menghadiri majlis konvokesyen abg di Indonesia. Kemudian menghadiri mjlis kenduri doa selamat yang di adakan di rumah di Prt Buntar minggu lps sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Baru-baru ini berkesempatan membuka FB, melihat kepada post seorang sahabat yang sedikit sebanyak memberi impak dan pertingatan buat diri sepanjang melayari bahtera Ramadhan untuk kali ini..
Semoga kita sama-sama dapat amalkan, jika tak byk sedikit pun jadi sebagai satu wasilah utk kita hadapi madrasah ini..
 Homework dari Syeikh Muhd Zainul Asri

Kerja rumah yang telah diberikan oleh Syeikh Zainol Asri untuk menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang tak lama lagi. Jika kita istiqamah dengan amalan-amalan ini selama 40 hari, Insya Allah akan berkekalan sampai bila-bila.

1- Solat sunat tasbih setiap hari. Tak larat berdiri buat secara duduk, kalau tak larat sambil duduk buat sambil tidur.
...
2- Khatam al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang Ramadhan.

3- Usahakan semampu mungkin untuk tidak tinggal solat berjamaah.

4- Usahakan supaya jangan tinggal satupun solat sunat qabliah & ba'diah.

5- Usahakan untuk solat sunat Tarawih 20 rakaat.

6- Berqiamullail 11 rakaat termasuk solat sunat Witir.

7- Sambut Ramadhan di rumah Allah (surau atau masjid), jangan sambut di rumah sendiri atau super market dan sebagainya.

8- Masa buka puasa jangan makan banyak. Tinggalkan puasa macam budak-budak. Puasa bukan bulan makan, puasa adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.

9- Selawat 3000 kali setiap hari.

10- Masa datangnya Ramadhan maka bergimbiralah kerana rindunya kita padanya, ketika di akhir ramadhan, maka menangislah. Jika kita tak buat macam tu, seolah-olah sama saja kita dengan orang lain.

:- Saya bagi kerja rumah ini adalah untuk memastikan saya juga melaksanakannya. Kalau saya tak suruh orang buat, mungkin saya juga tak larat nak buat. Kalau kita suruh orang, kitapun turut pulun untuk buat.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pastikan ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sudah. Semoga tarbiah ramadhan pada tahun ini memberi beribu makna dan dapat melahirkan jundi yang terus thabat dalam memperjuangkan Agama Allah Ta'ala di muka bumi ini. Selamat beramal...