Masjid Agung Provinsi Riau
UIN Suska
Cuti semester kali ini, berpeluang lagi ke Pekan Baru. Cuma kali ini bedanya dtg bersama ibu dan kakak ke sana. Seronok rasanya dapat bawa mak n kakak jalan2 di Pekan Baru. Tetapi sayangnya cuti kakak hanya empat hari. Tak banyak tempat yang dapat kami lawati.Hari pertama sampai di sana, abg telah menunggu di airport Sultan Syariff Kasim, Pekan Baru, Riau. Sudah hampir sebulan kami tidak bertemu. Kami menaiki teksi ke rumah sewa abg. Tengahari ni, yang special nya abg dah siap masak tomyam utk mkn tengahari;)
Selepas makan abg ke Mess pelajar bg membantu persiapan majlis ramah mesra bersama Atase Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Jakarta. Kami bertiga pula rehat di rumah keletihan. Selepas Asar kami keluar ke bandar untuk menukar wang rupiah. Abg bawa kami naik oplet yang kadang2 tersangkut kepala, bergoyang, n bunyi lagu yang sgt kuat. Kasian tgk mak, tapi mak steady jer..hehe.Pada malam nya ana ikut abg ke Mess, mak dan kakak berehat di rumah sambil buat kuah laksa untuk esok. Kesian abg, balik bercuti hari tu demam, makan pun tak lalu. Jadi buatkan lah laksa untuk nya...
Hari kedua, abg bawa kami jalan2 beli barang di Ramayamana. Akak nampaknya gembira dapat memilih baju utk majlis resepsi die nnt..huhu..
Memang murah sgt bila pandai tawar menawar dgn dialek Indonesia. Sudah 2 thn setengah abg di Indonesia, dah pandai cakap Indonesia.
Byk juga barang yang dapat di beli..
Mak pula aim nya ialah Quran Miracle n pen digital yang boleh membaca Al-Quran tu..
Pada hari ke dua kami dtg untuk servey harga barang..Dgn harapan esok dtg utk mendapat kan nya..;)
Hari ketiga, abg bawa kami ke UIN Suska, nak tunjuk kat mak n kakak, kat sini lah tempat abg belajar. Universitas nya lebih besar dari Malaysia. Skrg pelajarnya mencecah 20,000 mahasiswa. Kemudian, tengahari nya kami pulang ke rumah makan tengahari. Selepas solat Zohor cadangnya nak keluar. Tapi nampak semua macam letih jer. Kami ambil keputusan untuk keluar selepas asar. Kebetulan pula rumah banjir...huhu. Tangki penuh, jadi air pun melimpah..pengalaman buat mak n kakak kene cuci rumah..huhu. Ini lah rumah kami, bila lupa nak tutup air, kene moop le satu rumah..;)
Petang tu kami ke Ramayana sekali lagi, ada lagi baju yang tak dibeli rupanya. Ana n abg hanya melihat gelagat mak n kakak yang seronok membeli. Berkali-kali proses tawar menawar dibuat oleh abg. Kesian pula tgk abg...Last sekali kakak kata nak baju tu...nnt adik dtg sekali lagi beli kan kat akk yer, sbb nya...kedai nak di tutup waktu tu..sampai kedai nak tutup punya duk membeli..huhu. Mlm tersebut kami solat maghrib di Masjid Agung... sgt cantik masjid ni waktu mlm. Kemudian, abg bw mak gi beli Quran Miracle kat Mall Pekan Baru. Sukanya mak dapat Quran tu, senyum je mak balik Malaysia nnt. Perut pun dah lapar, abg decide makan kat Warong Nasi Uduk, mak n kakak pun tak penah rasa nasi ni. Nama mcm unik skit, tapi cuma nasi lemak, ayam panggang, sambal n daun pudina. Memang berselera lah. Kebetulan berjumpa dengan para pelajar Malaysia yang turut serta makan di sana.
Sudah hari ke empat mak n kakak di sini, flight mereka pg hari ini. Kami menghantar mak n akak pulang di bandara. Mak seronok duduk kat sini, nampaknya macam tak nak balik pun ada. tapi tiket dah ambil..huhu..klu ikutkan mak boleh tinggal di sini lama skit sbb sudah tak kerja. Tak mengapa, ada rezeki dtg lagi masa abg wisuda nnt bulan tujuh. InsyaAllah...Amin..
Akhirnya, tinggallah ana di pekan baru with abg selama sebulan cuti semester;)
Sedikit coretan sepanjang di Pekan Baru bersama abg, mak n kakak