Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Marhalah Saaniah

Salam Ramadhan Salam Perjuangan
Permulaan nya RAHMAT, Pertengahan nya Maghfirah(keampunan), Akhir nya terlepas dari azab neraka.

Melihat kembali Ramadhan yang berlalu dengan begitu cepat sekali, seolah2 baru semalam kita berjumpa dengan Ramadhan. Sekarang telah sampai ke fasa yang ke dua Ramadhan. Teringat perbincangan dengan sahabat2 semalam, seorang sahabat mengingatkan tentang Ramadhan pada marhalah yang pertama yang bertemankan cuaca yang mendung dan hujan yang silih berganti. Maka lihat pula pada marhalah pertengahan ini dengan kepanasan cuacanya. Pertengahan Ramadhan ini menjadi hamba2Nya semakin berkurang untuk datang solat tarawih bersama. Menjadikan kita juga sibuk dengan urusan keduniaan yang tidak sempat2 untuk mendekatkan diri kepada Allah..Allahurabbi.. semoga Allah memberikan kita kelapangan waktu yang secukupnya untuk beribadat. Malah sahabat juga mengingatkan pada fasa yang ke tiga yang dijanjikan terlepas dari azab neraka itu, menjadikan kita satu marhalah yang sukar untuk menghadapinya. Pada waktu tersebut ramai pula yang sibuk untuk memikirkan apa yang perlu di masak pada Hari Lebaran, ada juga yang sibuk mencari baju raya yang baru, malah perlu baru semuanya dari atas sampai bawah. Hati2 lah dalam berbelanja dan persiapkan diri di Aidilfitri, jgn jadikan nafsu kita mengawal semuanya.

Kembali kepada kehidupan sebagai seorang dae'i dan mad'u...
Alhamdulillah bertemankan sahabat seperjuangan satu rumah yang meriah menyambut Ramadhan kali ini berasa diri ana lebih bersemangat. Dari mula puasa dengan ucapan2 dari insan-insan tersayang Ramadhan kali ini cukup bermakna, terima kasih kepada bonda yang kejutkan sahur , ucapan salam Ramadhan dari sahabat2. Semoga Allah merahmati kita semua.
Bangun sahur hanya sehari sempat makan nasi yang selebihnya dengan susu dan biskut...Alhamdulillah...diri mampu bertahan dengan berkat Ramadhan yang Allah berikan. Bila sampai ke marhalah kedua ini semakin kurang pula makannya, sekadar air mineral ana teguk dan yang selebihnya diisi dengan perkara yang lebih berfaedah. Syukurlah sahabat2 kejutkan awal, dapat melihat mereka bersahur dengan biskut bersama menu air kegemaran masing2.

Minggu depan ana balik dulu dari sahabat2 yang lain, bukan kerana tak sabar2 nak balik berhari raya, tp ana punya tanggungjawab lain di kampung. Doakan perjalanan ana pulang dengan selamat serta menjadikan ianya satu ibadah untuk bertemu keluarga dan masyarakat lain khususnya.

Akhir kalam, salam Ramadhan buat semua hamba2Nya yang menghayati Ramadhan kali ini dengan penuh ketakwaan kepada Allah. kepada sahabat2 yang masih rasa belum cukup amalan di bulan ini, koreksi diri kita dan pertingkatkan amal ibadah untuk menghadapi fasa yang seterusnya. Ana mengingatkan diri dan antum semua untuk kita sama2 perbaiki diri.
Salam Jihad....
wassalam....

Friday, August 13, 2010

Sakit Satu Kafarrah

Sakit adalah kafarah bagi dosa dan menyebabkan Allah redha dengannya

Al-Bukahri telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Adab daripada Abdul Rahman bin sa’ed daripada bapanya katanya:

“Aku berada bersama-sama dengan Salman r.a. Salman telah dating untuk menziarahi orang sakit di Kindah. Tatkala beliau masuk menemuinya, beliaupun berkata kepada si sakit itu:

“Gembiralah kamu! Kerana sesungguhnya apabila seseorang mukmin itu sakit, maka Allah akn menjadikannya sebagai kafarah (bagi dosa-dosanya) dan sumber bagi memperolehi keredhaan Allah baginya. Sesungguhnya sakit seorang pendosa itu adalah seumpama unta yang diikita oleh pemiliknya dan kemudian mereka melepaskannya tanpa mengetahui mengapa ia diikat dan dilepaskan.”


Di dalam riwayat Abu Nu’aim di dalam kitab Al-HIlyah daripada Sa’ed bin Wahab katanya: “Aku telah masuk menemani Salman menziarahi sahabatnya yang sakit di Kindah. Salman telah berkata kepada sahabatnya itu:

“Sesungguhnya Allah menguji hamba mukmin dengan bala, kemudian Dia menyembuhkannya, lalu sakitnya itu menjadi kafarah bagi dosa-dosanya dan taubat bagi yang tinggal dari dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah swt menguji hamba yang jahat dengan bala kemudian menyembuhkannya meka jadilah ia umpama unta di mana pemiliknya mengikatnya dengan tali lalu melepaskannya sedangkan dia tidak mengetahui mengapa ia diikat dan dilepaskan.

Saturday, August 7, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Buat sahabat2, ana ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Mohon maaf atas segala kekhilafan. Semoga ramadhan kali ini menjadikan kita hamba yang lebih taqarrub dengan Allah. Isikan hari2 kalian dengan perbanyakkan berzikir, solat sunat, bertadarus, qiamullail dan majlis2 agama. Andai Ramadhan kali ini yg terakhir moga Allah tempatkan kita dikalangan hamba2Nya yang Soleh n Solehah. Sedikit perkongsian ana titipkan dengan beberapa hadith dari junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga sama2 mendapat manfaatnya.

"Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Akhir kalam, Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan yg penuh Barakah ini.