Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

MUWASAFAT TARBIYAH


Menyedari akan kekurangan kita dalam gerak kerja bersama harakah Islamiyah,mari kita buat checklist sifat sifat yang telah tertanam dalam diri kita.

-----------------------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------------------------

MUWASAFAT TARBIYAH

1. Salimul Aqidah-Aqidah yang bersih/suci

Firman Allat Taala yang ertinya: ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Kerana memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah-Ibadah yang sahih

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap ibadah (khusus) haruslah merujuk kepada sunnah Rasul yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan dan pengurangan dalam hal dasar seperti bilangan rakaat solat fardhu.

3. Matinul Khuluq-Akhlak yang mantap

Allah berfirman yang ertinya: ‘Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi-Fizikal yang sihat

Rasulullah bersabda yang ertinya: “Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah” (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri-Pemikiran yang luas

firman-Nya yang ertinya: “Katakanlah samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” (QS 39:9).

6. Mujahadatun Linafsihi-Bersungguh sungguh dengan diri

Rasulullah bersabda yang ertinya:” Tidak beragama seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)” (HR. Hakim).

7. Harishun ‘ala Waqtihi-Menjaga masa

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Kerana itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:

‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.

8. Munazzhamun fi Syu’unihi-Tersusun urusan

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik.

9. Qodirun ‘alal Kasbi-Berdikari

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri/berdikari (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan apabila seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tidak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi

10. Naafi’un Lighairihi-Bermanfaat bagi orang lain

Rasulullah bersabda yang ertinya: “sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR. Qudhy dari Jabir).

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~

Maka dalam proses menetapkan segala muwasafat diatas dalam diri seorang abnaul harakah, al faqir mencadangkan kita mentamrinkan diri sendiri dengan kehidupan.bukan sekadar menanti nanti untuk menyertai siri siri tamrin yang diprogramkan.Ini kerana menyedari bahawa hidup ini adalah interaksi antara Allah dan makhluknya. Dan Allah lebih banyak berbicara menggunakan ayat kauniyahnya iaitu alam ini berbanding Al Qur’an(kerana ada masa kita baca,ada masa tidak) dalam mengajar manusia erti sebuah kehidupan.

Berkata Al ArifBillah Sayyidi Sheikh Rohimuddin Nawawi Al Bantani Azmatkhan Al Husaini,

“Jika kamu tidak mengenal QUDRAH ALLAH,Maka Allah akan memperkenalkan diriNYA dengan taqdir- taqdirNYA.

Maka dalam menjalani fasa ini,istiqamah sangat diperlukan bagi menatijahkan hasil. Satu metode yang diajar oleh para Ulama bagi kita istiqamah dalam sesuatu perkara ialah dengan LIMA MIIM.

1)Muahadah- Berjanji dengan Allah untuk melaksanakan sesuatu perkara.

2)Mujahadah- Bersungguh sungguh dalam melaksanakan perkara tersebut.

3)Muraqabah- Menghampirkan diri dengan Allah memohon bantuan dan pertolongan agar dimudahkan pekerjaan tersebut.

4)Muhasabah- Muhasabah adakah telah melaksanakan perkara yang telah di janjikan.

5)Muaqabah- Melakukan denda untuk mendisiplinkan diri.

Moga Allah mudahkan kita semua dalam perjalanan ini dan mencukupkan kita dengan sifat sifat yang telah kita sebutkan.

Al Faqir Al Haqir Ilallah al Latif Sunan Al Haramain , Perbukitan Ilmu,UKM, 20 Mac 2012, 6.13PM


Monday, July 11, 2011

NEVER GIVE UP

There maybe times
When things aren't the
way we hope to be,
Everything looks imposibble,
and we feel like just giving up...
But then, sometimes, we just
have to give it another chance
another try just one more time...
Take things, a step at a time
Do what works
Best for you
Be hopeful as you...
Use your inner, strength and qualities
keep or believing
that you can do it, look out for
the positive light to shine on you
You may just find that what seem difficult
has just ben made right...
InsyaAllah..

Monday, May 30, 2011

Cinta Yang Bermusuhan

Apakah wujud dua orang yang di dunia saling mencintai di akhirat justeru saling memusuhi?

Iya ada, jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak diakhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering kali melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa jua pun. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa. Melihatkan semuanya indah di mata dan hati nya. Lupa akan dosa dan pahala, juga pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Maka dengan itu jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya bermusuhan kelak di akhirat. Sebab, mereka akan berseteru di hadapan Allah. Inilah yang telah diperingatkan Allah dalam surah Az-Zuhruf, ayat 67:


Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagiannya yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.


Moga kita sama2 sedar akan setiap perilaku kita selama ini dan menjadikan iman sebagai benteng utama dlm setiap pertimbangan hidup. Jangan menjadi musuh kepada kekasih di akhirat kelak. Tiada permusuhan antara kekasih, yang ada hanya kasih sayang.



Sunday, May 29, 2011

KULIAH SUBUH DI KEDAH


20 MEI 2011
KULIAH SUBUH MASJID BANDAR BARU, KEDAH.
JEMPUTAN: USTAZ ABDUL SALAM ABDUL MUTALIB
MAAHAD TAHFIZ AL HUFFAZ LAMBONG INDONESIA

Cuti diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga. Moga hari2 yang berlalu terisi dengan pengisian majlis ilmu yang penuh bermanfaat.
Pagi ini bersama ibu ke Masjid Bandar Baru Kedah untuk mendengar tazkirah daripada ustaz yang katanya datang dari Indonesia. Semalam ana ke Masjid Serdang kerana mendapat jemputan dari zaujah Imam masjid tersebut bagi menghadiri majlis doa selamat buat Imam dan zaujahnya yang bakal menunaikan umrah hari Sabtu ni. Semoga selamat pergi dan pulang. Dalam majlis tersebut berjumpa dengan ahli qariah yang menjemput kami untuk sama2 dtg ke Masjid Bandar Baru pada keesokkan harinya.
Kami datang sesudah solat subuh di rumah, masjid tersebut lebih kurang 5km dari rumah. Majlis baru bermula ketika mana kami sampai, ustaz tersebut membawa dua orang anak muridnya. pelbagai peringatan yang disampaikan kepada ahli jemaah, semua khusyuk mendengarnya. Antaranya ialah perinagatan tentang dtgnya hari kiamat yang selama ini kita tunggu2. Tanda2 yang telah nyata yang berlaku pada zaman ini sgt banyak sekali.

1) tanda2 kecil
2) tanda2 besar

Tanda2 kecil ini diceritakan
'akan datang satu zaman yang mana Islam akan hilang daripada permukaan bumi, yang tinggal hanya namanya, quran akan hilang dari mashafnya yg tinggal hanyalah tulisannya sahaja, masjid besar tetapi sepi daripada jemaah, ulama pada hari itu dtg nya dari mereka fitnah yang juga akan kembali kepada mereka fitnah tersebut'- riwayat Baihaqi

Islam ini diumpamakan seperti kapal selam, ada timbul dan tenggelamnya, ada masyarakat yang mendanggap Islam itu hanya pada nama yang mana tidak diamal sama sekali segala tuntutannya. Islam juga dianggap seperti ayat kursi, yang mana Islam hanya bermain dengan kerusi2 di parlimen tanpa menegakkan segala syariat yang Islam inginkan. Takutkah anda dengan persoalan amanah yang Allah akan hitungkan pada kita di alam barzakh nnt??

Seoalah2 Islam sudah tiada lagi sehingga menjadikan masjid yang tersergam indah hanya perhiasan pada pengunjung, yang mana datang bukan untuk solat tapi sekadar sebuah perhentian untuk membuang air kecil mahupun air besar. Sedih bila melihatkan banyak binaan masjid yang cantik namun tiada penghuninya.

ana tertarik dengan kata2 ustaz tetang perumpamaan yang diberikan:
Pemimpin - Singa : merasa diri berkuasa memimpin negara
Menteri - Serigala : kuat mengampu dan baik dengan semua orang
Hakim - Anjing : tak dapat nak bezakan antara yang baik dan tidak
Manusia/ Rakyat - Kambing: yang hanya tahu mengikut telunjuk pemimpin tanpa memikirkan sesuatu.
Berdoa dan berharap agar negara kita aman dari semua nya. Pilihlah pemimpin yang baik akhlaknya kerana ia juga mencorak keperibadian rakyatnya.
bersambung....

Tuesday, May 10, 2011

Al Habib Sayyid Muhammad Solah Al-Attas Al-Husaini


KULIAH MAGHRIB
8 MEI 2011/ 4 JAMADILAKHIR 1432H
BERSAMA : AL HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SOLAH AL-ATTAS AL-HUSAINI

Alhamdulillah pengalaman yang sangat manis dapat berjumpa dengan Al Habib Sayyid Muhammad pada ceramah beliau di Serdang tempoh hari. Hari2 cuti terisi dengan pengisian yang bermanfaat bersama keluarga. Dikhabarkan oleh penterjemah beliau bahawa Al Habib Sayyid merupakan keturunan Nabi Muhammad saw yang berasal dari negeri Yaman, juga mendapat sanad pengajian daripada Saidina Ali daripada Rasulullah saw.
Banyak yang ditekankan dalam pengajian pada malam tersebut, antaranya ialah peringatan tentang persaudaraan sesama muslim, kehidupan dalam berkasih sayang, dan juga tentang kematian.

* Janganlah kamu menindas orang yang lemah.

* Kita memerlukan orang yang sentiasa memberikan nasihat kepada kita.

* Sesama muslim adalah bersaudara kerana kebenaran iman kita menjadikan kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, sekiranya sakit salah satu anggotanya maka sakitlah tubuh seluruhnya.

* Kita sesama muslim bagaikan satu tubuh, namun hari ini kita dapat lihat bahawa sesama muslim ada yang berpecah belah dan saling tidak menegur, maka perkara ini perlulah dihindarkan kerana kehidupan bersaudara amat perlu dalam sebesar besar perkara dan sekecil kecil perkara.

* Maka jika ada permusuhan di antara kalian hendaklah disatukan dengan kasih sayang. Jika dilihat kembali, kalimah syahadah yang diucapkan terkandung kasih sayang yang mewajibkan kita untuk men'ta'kid'kannya kerana kalimah tersebut sangat agung kelebihannya.

* Selain itu, peliharalah nyawa dan harta muslim yang lain, diharamkan bagi kita untuk membunuh orang yang mengucapkan kalimah syahadah, kerana ini diceritakan bahawa Saidina Usamah bin Zaid telah membunuh seorang kafir Quraisy dlm satu peperangan yang mana orang kafir itu telah mengucap dua kalimah syahadah dihadapannya. Saidina Usamah memberitahu kerana takutkan kematian, kafir Quraisy itu mengucapkan kalimah syahadah bukan kerana dia benar2 hendak memeluk Islam. Lalu, Saidina Usamah membunuhnya. Hal ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah memanggil Saidina Usamah dan bertanyakan perihal ini. Saidina Usamah mengiakan pertanyaaan Rasulullah tentang apa yang telah beliau lakukan, sehingga tiga kali pertanyaan Rasulullah itu, Saidina Usamah mengiakan. Maka Rasulullah memberitahu
bahawa kita tidak tahu apa yang diniatkan oleh kafir Quraisy itu, adakah dia benar-benar ingin memeluk Islam atau tidak, maka janganlah kamu membunuh mereka setelah mereka melafazkan kalimah syahadah.

* Janganlah kamu cinta akan jawatan, nafsu dan juga pangkat.

* Allah jadikan dunia ini untuk kita memakmurkannya dengan sebaik2 takwa kepada Allah dengan tiada perkelahian dan juga hasad dengki antara satu sama lain.

* Keluarkanlah harta kamu ke jalan Allah. Jika dilihat harta itu dikeluarkan untuk makanan, makanan itu akan habis dimakan, jika dikeluarkan untuk pakaian, semua itu akan ditinggalkan namun jika kamu keluarkan untuk diinfakkan ke jalan Allah maka ia akan kekal selamanya.

* Sentiasalah bertanyakan pada diri sendiri, adakah kita akan masuk ke syurga Allah dan peroleh nikmat di dalamnya?

* Banyakkanlah berfikir tentang kematian supaya kita akan dikumpulkan dan bertemu dengan para nabi dan juga sahabat2 baginda.

* Ketika kita ingat akan kesalahan kita, berusahalah untuk mempertingkatkan amalan bukan berputus asa dengan kehidupan

Wallahua'lam

Akhir kalam, semoga kita sama2 mendapat manfaat atas pengisian yang diberikan oleh Al Habib Sayyid Muhammad ini. Menitis air mata ana saat beliau membacakan doa, semoga Allah memberkati majlis ilmu ini. Hal ini kerana beliau membaca sebuah hadith yang mafhumnya, Allah mengangkat satu golongan yang mana di syurga nnt akan kelihatan mereka ini berada di mimbar2 yang bercahaya, dengan pakaian yang bercahaya sehinggakan para sahabat cemburu melihatnya, siapakah golongan ini?, mereka lah golongan umat Muhammad yang datang dari negeri yang lain tetapi duduk berhimpun kerana Allah dalam rasa KASIH SAYANG KERANA ALLAH...SUBHANALLAH;)

Friday, December 3, 2010

Munajat Cinta



Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan Allah telah mengira titisan air mata.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu, Allah setia disisimu .
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya.
Bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawpan nya..


Ya Allah …

Jika saat ini dia tersenyum semoga menjadi ibadah, jika dia marah semoga tak melampaui batas..

Jika dia sedih semoga kesedihannya bisa menghidupkan hati dan jiwanya.

Jika dia kelelahan moga menjadi pengugur dosa..

Semoga apa yg dia lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..

Semoga kebahagiaan dan keberkatan selalu menyertainya..

Ya Allah…Amin.


Semoga saat ini Allah sentiasa bersamamu temanku...

Friday, August 13, 2010

Sakit Satu Kafarrah

Sakit adalah kafarah bagi dosa dan menyebabkan Allah redha dengannya

Al-Bukahri telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Adab daripada Abdul Rahman bin sa’ed daripada bapanya katanya:

“Aku berada bersama-sama dengan Salman r.a. Salman telah dating untuk menziarahi orang sakit di Kindah. Tatkala beliau masuk menemuinya, beliaupun berkata kepada si sakit itu:

“Gembiralah kamu! Kerana sesungguhnya apabila seseorang mukmin itu sakit, maka Allah akn menjadikannya sebagai kafarah (bagi dosa-dosanya) dan sumber bagi memperolehi keredhaan Allah baginya. Sesungguhnya sakit seorang pendosa itu adalah seumpama unta yang diikita oleh pemiliknya dan kemudian mereka melepaskannya tanpa mengetahui mengapa ia diikat dan dilepaskan.”


Di dalam riwayat Abu Nu’aim di dalam kitab Al-HIlyah daripada Sa’ed bin Wahab katanya: “Aku telah masuk menemani Salman menziarahi sahabatnya yang sakit di Kindah. Salman telah berkata kepada sahabatnya itu:

“Sesungguhnya Allah menguji hamba mukmin dengan bala, kemudian Dia menyembuhkannya, lalu sakitnya itu menjadi kafarah bagi dosa-dosanya dan taubat bagi yang tinggal dari dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah swt menguji hamba yang jahat dengan bala kemudian menyembuhkannya meka jadilah ia umpama unta di mana pemiliknya mengikatnya dengan tali lalu melepaskannya sedangkan dia tidak mengetahui mengapa ia diikat dan dilepaskan.

Monday, April 5, 2010

DENGAN KEYAKINAN


IJAB JANGAN TERHIJAB!

Dahulu melafaz qabul, “aku terima nikah…” Sebentar tadi baru melafazkan ijab, “aku nikahkan akan dikau.” Puluhan tahun berlalu. Jarum waktu bergerak begitu laju dalam arlogi takdir dan tadbir. Kalau dulu hatiku bergetar kerana menerima tanggung-jawab, kini hatiku bimbang kerana ’melepaskan’ tanggung-jawab.

Bagaimana, mampukah aku mendidik isteriku? Begitulah suara hati ketika tanganku bersalaman dengan Qadi puluhan tahun yang lalu. Sejuk, dingin, terasa meresap ke seluruh anggota. Sejak saat itu ’masjid’ yang dibina menagih seribu usaha, sejuta setia. Telah banyak kepedihan yang ditagih menjadi baja keteguhan. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Yakin hakikat itu… suami-isteri berkayuh air mata menongkah badai gelora!

Jika matlamat telah tepat, apakah ada pilihan lain selain meneruskan perjalanan?Layang-layang hanya naik apabila melawan angin, bukan mengikutnya. Dan begitulah jua hidup ini, dengan ujian barulah naik darjat kita di sisi Allah.

Hidup selagi hidup. Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa, yang hilang semangat dan upaya.Kata bijak pandai, “jika tidak ada apa yang boleh menggembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu, dan jika tidak ada apa lagi yang ingin kau perjuangankan dalam hidupmu… Itu petandanya kau sudah mati.

Zahirnya sahaja kau masih bernyawa, tetapi hakikatnya kau adalah ‘mayat’ dalam keranda maya.” Alhamdulilah, sampai kini aku masih mampu ketawa dan menangis… masih menyala cita-cita dan harapan… petanda aku masih hidup.

Itu ceritaku sewaktu bernikah dulu. Tetapi kini cerita anakku. Maaf, hakikatnya ini bukan ceritaku, tetapi cerita kita – rumahtanga ayah-ibu sebagai pantulan rumahtanga anak-menantu. Ketika ku lepaskan kalimah ijab, baru kusedar bahawa kekadang ’melepaskan’ tanggungjawab adalah lebih berat daripada menerimanya. Apakah anakku (dan anakmu jua) akan tega dan rela menjadi isteri sesetia ibunya? Apakah dia akan menerima segala ’kekurangan’ suami sebagai kesempurnaan dalam rumahtangga?

drp: ustaz Pahrol Mohd Juoi

Saturday, August 15, 2009

DI MANA CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH?


Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah? Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.