Menyedari akan kekurangan kita dalam gerak kerja bersama harakah Islamiyah,mari kita buat checklist sifat sifat yang telah tertanam dalam diri kita.
-----------------------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------------------------
MUWASAFAT TARBIYAH
1. Salimul Aqidah-Aqidah yang bersih/suci
Firman Allat Taala yang ertinya: ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Kerana memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.
2. Shahihul Ibadah-Ibadah yang sahih
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap ibadah (khusus) haruslah merujuk kepada sunnah Rasul yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan dan pengurangan dalam hal dasar seperti bilangan rakaat solat fardhu.
3. Matinul Khuluq-Akhlak yang mantap
Allah berfirman yang ertinya: ‘Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).
4. Qowiyyul Jismi-Fizikal yang sihat
Rasulullah bersabda yang ertinya: “Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah” (HR. Muslim).
5. Mutsaqqoful Fikri-Pemikiran yang luas
firman-Nya yang ertinya: “Katakanlah samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” (QS 39:9).
6. Mujahadatun Linafsihi-Bersungguh sungguh dengan diri
Rasulullah bersabda yang ertinya:” Tidak beragama seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)” (HR. Hakim).
7. Harishun ‘ala Waqtihi-Menjaga masa
Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Kerana itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:
‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.
8. Munazzhamun fi Syu’unihi-Tersusun urusan
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik.
9. Qodirun ‘alal Kasbi-Berdikari
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri/berdikari (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan apabila seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tidak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi
10. Naafi’un Lighairihi-Bermanfaat bagi orang lain
Rasulullah bersabda yang ertinya: “sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR. Qudhy dari Jabir).
~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~
Maka dalam proses menetapkan segala muwasafat diatas dalam diri seorang abnaul harakah, al faqir mencadangkan kita mentamrinkan diri sendiri dengan kehidupan.bukan sekadar menanti nanti untuk menyertai siri siri tamrin yang diprogramkan.Ini kerana menyedari bahawa hidup ini adalah interaksi antara Allah dan makhluknya. Dan Allah lebih banyak berbicara menggunakan ayat kauniyahnya iaitu alam ini berbanding Al Qur’an(kerana ada masa kita baca,ada masa tidak) dalam mengajar manusia erti sebuah kehidupan.
Berkata Al ArifBillah Sayyidi Sheikh Rohimuddin Nawawi Al Bantani Azmatkhan Al Husaini,
“Jika kamu tidak mengenal QUDRAH ALLAH,Maka Allah akan memperkenalkan diriNYA dengan taqdir- taqdirNYA.
Maka dalam menjalani fasa ini,istiqamah sangat diperlukan bagi menatijahkan hasil. Satu metode yang diajar oleh para Ulama bagi kita istiqamah dalam sesuatu perkara ialah dengan LIMA MIIM.
1)Muahadah- Berjanji dengan Allah untuk melaksanakan sesuatu perkara.
2)Mujahadah- Bersungguh sungguh dalam melaksanakan perkara tersebut.
3)Muraqabah- Menghampirkan diri dengan Allah memohon bantuan dan pertolongan agar dimudahkan pekerjaan tersebut.
4)Muhasabah- Muhasabah adakah telah melaksanakan perkara yang telah di janjikan.
5)Muaqabah- Melakukan denda untuk mendisiplinkan diri.
Moga Allah mudahkan kita semua dalam perjalanan ini dan mencukupkan kita dengan sifat sifat yang telah kita sebutkan.
Al Faqir Al Haqir Ilallah al Latif Sunan Al Haramain , Perbukitan Ilmu,UKM, 20 Mac 2012, 6.13PM
No comments:
Post a Comment