Monday, March 17, 2014

Walimah dan cuti sekolah

Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah Allah memberi kesempatan menghirup udara yang semakin segar hari ini setelah jerebu dan kemarau yang berpanjangan sehingga menyebabkan kami tidak keluar beriadah di luar rumah. Sudah tiga hari hujan membasahi bumi sejak kami pulang dari Ipoh bagi menghadiri majlis walimatul urus sahabat smka. Syukur Ya Allah kerana masih sayang pada kami, ini semua tanda ehsan Allah buat kita. Terima kasih buat seluruh umat Islam yang bersama solat hajat dan solat istisqa' bagi memohon supaya diturunkan hujan.

insyaAllah cuti sekolah pada hujung bulan tiga ini kami akan bercuti di rumah mak di parit buntar. Cuti sekolah dan Walimah semestinya tidak dapat dipisahkan. Datang saja cuti sekolah pasti ada saja kenduri yang menjemput. InsyaAllah cuti sekolah ini mendapat empat jemputan kenduri yang perlu dihadiri. Rasanya tak mampu lah untuk hadir ke semua walimah tersebut kerana cuti hanya seminggu dan kenduri pula diadakan pada hujung minggu. Namun ana dan keluarga mengucapkan
 SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT:



Ana dan keluarga doakan semoga kalian semua berbahagia hingga ke syurga. Rumahtangga yang dibina ini sebagai satu saham di akhirat utk mendapat syurga Allah. Seorang isteri yang taat pada suami sungguh mudah untuk masuk syurga. Status rakan2 akan berubah selepas ini, mgkin tidak lagi dipanggil dengan panggilan CIK..namun dipanggil dengan panggilan PUAN..status itu dah berubah, dan akan berubah sehingga ke akhir hayat kita. Sebelum menempa ke alam rumahtangga ini banyakkan lah solat hajat dan istikharah supaya pilihan yang kita buat ini adalah yang terbaik buat kita. Untuk diri kita, keluarga kita, dan umat seluruhnya. Membina Daulah Muslim itu bukan mudah, kita wajib membina nya bermula dari fardu muslim, baitul muslim, mujtamak muslim dan daulah muslim. Semuanya bermula dari dalam diri kita. Perkukuhkan dan mantapkan diri sebelum kita menempa kehidupan yang baru. Semoga sahabat2 semua mendapat mawaddah, sakinah dan rahmah dalam melayari bahtera rumahtangga ini. Akhir kalam, Selamat Pengantin Baru;)